‘Ada Hati Nak Panggil Orang Sendu’- Diana Danielle Pula ‘Sound’ DSV

Kenyataan dari usahawan kosmetik Dato Seri Vida dengan melabelkan artis yang menyertai program nyanyian poular sebagai ‘sendu’ telah mengundang rasa kurang senang golongan artis. Ada yang menganggap ia agak keterlaluan seolah-olah artis yang menyertai program tersebut terdesak.

Susulan dari isu itu, beberapa nama besar dalam industri hiburan seperti Fauziah Latiff, Noraniza Idris dan Que Handar telah menyuarakan rasa kurang senang.

Tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, pelakon Datin Diana Danielle juga telah meluahkan rasa kesal menerusi IG Storiesnya.

 

Salah Tafsir Istilah ‘Sendu’

Menerusi penjelasan Vida semasa sidang media semalam,  dia meminta artis lain supaya tidak cepat melatah dengan kenyataan tersebut. Vida berpesan supaya jangan salah tafsir istilah ‘sendu’ yang dia maksudkan. Tambahnya lagi dia tiada sebarang niat untuk membuli artis demi kepentingan diri sendiri.

Sumber:hangat.com

Tengah pakai-pakai makeup di set #CoffeePrince sambil baca comment2 anda semua. Terima kasih tgk Ratu Raisha yang akhirnya ditewaskan takdir. Dalam hidup kita perlu sentiasa realistik dan tak perlu bermegah-megah, sentiasa jaga dan sayangi ibu dan ayah yang masih ada dan ukurlah pinggang kita sendiri, kalau tak mampu buat cara tak mampu, usaha dgn cara yg baik. Raisha dan tamat, Coffee Prince akan menyusul pada 27 November ini! Semoga peminat drama adaptasi dari Korea ni puas hati dgn hasilnya. InsyaAllah.. Thank you for all your support for Raisha, sumpah seranah anda amatlah dihargai 🤣

Posted by Diana Danielle on Thursday, 9 November 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *