Ban jir Di Klang, Harus Waspada Kerana Air Akan Naik Dan Ini Sebab Sebabnya

Hari ini hujan lebat turun lagi dan kali ini bandar Klang pula ditimpa bah yang agak besar. Rata rata netizen yang menetap di kawasan Klang memuatnaik gambar dan video keadaan banjir di Klang.

LIVE dari tebing sungai Klangwww.warisansungaiklang.orgwww.instagram.com/warisansungaiklang

Posted by Warisan Sungai Klang on Sunday, 30 September 2018

Hujan hari ini boleh dikatakan tidak begitu lebat dan tidak lama tetapi air naik dengan begitu laju. Perkara ini sudah diramal dan harap warga setempat di Klang mengambil langkah berjaga jaga.

Fenomena Air Laut Pasang Besar Di Beberapa Daerah Negeri Selangor, Yang Diramalkan Akan Bermula Dari 9 – 11 Oktober 2018

Orang ramai khususnya penduduk di sekitar negeri Selangor (Daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam) dinasihatkan supaya berwaspada dengan fenomena air laut pasang besar yang diramalkan akan berlaku bermula 9 Oktober sehingga 11 Oktober 2018.

Sumber gambar: selangor.gov.my

Menurut kenyataan rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor:

Adalah dimaklumkan, berdasarkan jadual pasang surut air laut bagi Pelabuhan Klang pada 9 Oktober sehingga 11 Oktober 2018, paras air laut diramalkan akan berada pada paras yang tertinggi. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan persediaan menghadapi bencana tahap tinggi dilaksanakan melibatkan Daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Fenomena air laut pasang besar diramalkan akan berlaku bermula 9 Oktober 2018 sehingga 11 Oktober 2018 di persisiran pantai Negeri Selangor dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.6 meter. Selain itu juga, Negeri Selangor diramalkan menerima hujan pada paras tertinggi berdasarkan maklumat daripada Pejabat Meteorologi Malaysia sepanjang bulan Oktober 2018. Sekiranya cuaca hujan lebat dan keadaan angin kencang berlaku pada masa yang sama, risiko berlakunya banjir akan meningkat.

Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor menasihatkan agar penduduk di kawasan berisiko dapat mematuhi arahan Pihak Berkuasa Keselamatan dari masa ke masa.

SUMBER:

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor

Lagi video di bawah

Siap sedia hadapi fenomena air pasang besar

Siap sedia hadapi fenomena air pasang besar

KLANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor bersiap sedia bagi melakukan pemantauan di ban Sementa dan Batu 4 susulan fenomena air pasang besar yang diramalkan melanda beberapa daerah di negeri ini bermula hari ini hingga Khamis ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Mohd Rizal Buang berkata, menerusi tinjauan yang dilakukan di lokasi terlibat mendapati keadaan masih terkawal dan operasi pemantauan juga turut berjalan lancar.

“Pemantauan sejak jam 4 pagi hingga 7 pagi hari ini mendapati situasi di lokasi terlibat berada dalam keadaan terkawal,” katanya.

Sebelum ini, Pegawai Daerah Klang, Mohd Zainal Mohd Nor memaklumkan bahawa sebanyak 10 kampung di daerah ini dikhuatiri akan tenggelam sekiranya berlaku ban pecah ketika fenomena air pasang besar yang berlaku bermula hari ini hingga Khamis.

Kawasan rendah yang berisiko dinaiki air pasang besar itu antaranya Kampung Tok Muda, Batu 5, Sementa, Teluk Gong, Sungai Serdang, Kampung Perepat dan Taman Selat Damai.

Mengulas lanjut, Rizal berkata seramai 58 anggota dari Balai Bomba Sungai Pinang ditugaskan untuk bersiap sedia bagi melakukan pemantauan di lokasi terlibat.

“Selain itu, pasukan bencana negeri, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Pejabat Tanah dan Daerah Klang dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) turut bersama-sama menempatkan anggota bagi melakukan tinjauan di sini,” katanya. SUMBER : Sinar Harian

Kejadian di Taman Sentosa, Klang

Sumber:klviral

Banjir kat Tengku Kelana, Klang

Posted by My Eye Times on Tuesday, 9 October 2018

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *