Bob Lokman Diuji Lagi. Anak Sulungnya Kembali Menemui Illahi Dihari Yang Penuh Barakah

ANAK sulung pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman iaitu Mohamad Adam, 25, disahkan meninggal dunia, 1 pagi hari ini selepas pengsan di rumahnya di Sungai Buloh.

Bob, 54, atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman ketika dihubungi berkata, Adam mempunyai sejarah ketumbuhan dalam otak dan pernah beberapa kali pengsan.

Menurut Bob, kali terakhir dia bercakap dengan Adam pada 11 malam tadi kerana dikejutkan arwah bagi bertanya mengenai barang niaga pagi ini.

“Semasa darjah dua, Adam disahkan ada ketumbuhan dalam otak. Selepas itu doktor berjaya buang ketumbuhan. Setahun juga Adam berada dalam wad.

“Meski Adam sudah menjalani kimoterapi, doktor maklumkan ketumbuhan ini boleh datang lagi. Disebabkan itu, Adam selalu pengsan.

“Malam tadi, dia kejutkan saya dan bertanya nak gunakan berapa ekor ayam untuk berniaga pagi ini. Itu kali terakhir saya bercakap dengan Adam sebelum dia pengsan dan nazak pada 1 pagi,” katanya kepada Harian Metro.

Bob yang yang juga penulis lirik lagu Isabella nyanyian Amy Search berkata, arwah tidak menunjukkan sebarang tanda pelik selain hilang selera makan.

“Sebelum ini Adam pernah pengsan. Apabila sedarkan diri, dia tidak ingat macam mana perkara itu boleh berlaku.

“Cuma, apa saya perasan sejak kebelakangan ini Adam semakin kurus, katanya dia tidak ada selera makan. Selebihnya, dia menunjukkan sikap biasa macam selalu.

“Dia seorang anak yang baik. Dia tulang belakang keluarga dengan membantu menguruskan perniagaan. Dia juga yang banyak bantu dan jaga saya ketika masuk hospital,” katanya.

Jenazah kini berada di rumah mereka dan dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Batu 20, Kuang.

Sumber:hmetro

Damailah Mohd Adam, Anak Yang Taat.

Malam jumaat yang membahagiakan, tiba-tiba lolongan telefon dihujung katil memaksa aku bangun sambil mulut meluahkan rasa tak puas hati pada penganjur ceramah yang kurang adab menelefon jam 12.30 malam . Ohh bukan mana-mana penganjur ceramah tetapi ustaz Nazri Kelang memaklumkan anakanda Bob Lokman rebah tak sedarkan diri. Aku terus mendail Abang Bob, esakannya pecah sehingga kabur percakapan dan yang aku pasti nama Adam disebut–sebut dalam sedu sedan Timbalan pengerusi LESTARI itu. Tanpa perlukan masa yang panjang, aku dan Faizal berdesut ke Sungai Buluh , bersama bagasi yang akan dibawa ke lokasi bencana, kota Palu.” Adam dah tak ada” bunyi suara Ustz Nazri dihujung telefon. Anak muda 25 tahun ini adalah tongkat Abang Bob, dia menderita tumor otak saat berusia 8 tahun. Mereka berdua kemana- mana bersama , sehingga ke Pulau Banggi di Sabah. Minggu lepas mereka berdua membuka warung makan di masjid Ittisam TTDI Jaya. Adam menyuguhkan aku dua bungkus nasi kukus, tiada tanda dia sakit dan meninggalkan alam fana ini. Dengan senyuman khasnya melihat ayahnya bergurau denganku. Empat hari lepas dia ke rumahku, mengambil bekas makanan kerana mereka berdua menyediakan sarapan nasi dagang untuk 45 orang pelajar- pelajar Tahfiz an nur. Anak muda ini terlalu istimewa, menyuapkan makanan pada bapanya, menemani bapanya dalam apa jua keadaan. Moga damailah Mohd Adam dialam sana.

Video

Tabung oksigen nyawa Bob Lokman, jual nasi ayam minggu depan. Jom bantu beliau.

Posted by Info Geng Pontian on Thursday, 20 September 2018

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *