Accapan sudah tiada

PELAKON dan pelawak terkenal negara, Accapan, meninggal dunia pada usia 63 tahun, 2.43 pagi, hari ini.

Anak bongsunya, Yhuveneshwary berkata, ayahnya yang bernama sebenar Samynathan A/L Rethinam menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di rumahnya di Taman Puchong Utama akibat kegagalan buah pinggang.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Seniman, upacara penghormatan terakhir akan dilakukan dirumah beliau kira-kira 3 petang hari ini di 12A Jalan PU 3/2A, Taman Puchong Utama 47140, Selangor.

Accapan meninggalkan seorang isteri, Yogeswari Subramaniam, 53, dan tiga orang anak iaitu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.

Beliau banyak berlakon di dalam drama dan filem tempatan dengan pelbagai watak yang mencuit hati penonton serta meninggalkan kesan kepada penonton.

Antara drama popular yang mengangkat namanya kepada peminat Melayu ialah sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Sumber:hmetro

Acappan meninggal dunia

PETALING JAYA: Dunia hiburan bersedih apabila pelawak terkenal iaitu Acappan meninggal dunia pada Jumaat akibat kegagalan buah pinggang.

Menurut anaknya Yhuveneshwary, Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinam, 63, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya kira-kira pukul 2.43 pagi di Taman Puchong Utama dekat sini.

Upacara penghormatan terakhir akan diadakan di rumah beliau kira-kira pukul 3 petang Jumaat

Acappan antara artis berbangsa India yang popular dalam dunia hiburan Melayu sejak tahun 1980an khususnya menerusi siri sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Accapan meninggalkan seorang isteri iaitu Yogeswari Subramaniam 53, dan 3 orang anak iatu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan
Yhuveneshwary Samynathan, 24.

Dalam pada itu, Persatuan Seniman Malaysia melalui Setiausaha Agungnya iaitu Hafiz Nafiah melahirkan rasa dukacita atas kematian itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/09/14/acappan/#3iqxS7Y75IaECPYC.99

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *