Ada jangkitan kuman di otak Din Annuar – Syafeek Ikhwan mohon doa demi kesembuhan pereka fesyen

Juara dunia bagi pertandingan i-Sing World 2018Syafeek Ikhwan menerusi laman Facebook miliknya berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan rakannya, Din Annuar yang terlantar sakit.

Berdasarkan status dimuat naik penyanyi Tanpa Arahitu, Din atau Farhairuddin Annuar merupakan pereka fesyen dan juga seorang pensyarah di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor.

“Difahamkan, Din kini berada di Hospital Kluang akibat otaknya yang dijangkiti kuman dan juga penyakit saraf.

“Justeru, saya mohon jasa baik semua pihak mendoakan kesembuhannya dan dipinjamkan kesihatan yang baik semula,” tulisnya.

Din Annuar dimasukkan ke Hospital Kluang akibat jangkitan kuman di otak.

Menurut Syafeek lagi, Din adalah salah seorang pereka fesyen yang terlibat menaja pakaiannya ketika bertanding dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Paris, Perancis, hujung tahun lalu.

Syafeek bersama piala i-Sing World yang dimenanginya di Paris pada tahun lalu.

Pada masa sama, Din turut bertanggungjawab menaja busana finalis program pencarian Gadis Panca selama dua tahun berturut-turut pada 2017 dan 2018. – MHE TV

sumber:mhetv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *