Lokman Adam dan Ellie Suriaty Dihalang Masuk Mahkamah

Semalam sekali lagi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dimaklumkan mengenai pertuduhan hari ini.

Menurut Malaysiakini, Najib kini sudah pun tiba di kompleks mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur dan dijangka berdepan sekurang-kurangnya tiga tuduhan baru melibatkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.


Sumber: Malaysiakini

Ketibaan Najib di mahkamah disambut dengan penyokong-penyokong kuatnya. Namun, difahamkan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam bersama kira-kira 20 penyokong Najib termasuk pelakon dan pengarah Ellie Suriaty dilarang memasuki kompleks mahkamah oleh anggota keselamatan.

Bercakap dengan pihak media, Lokman mengatakan bahawa apa yang berlaku hari ni menunjukkan satu lagi sikap diktator pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Sumber: Malaysiakini

“Mereka bertindak dengan sesuatu yang tak boleh diterima akal iaitu menghalang orang awam memasuki kompleks mahkamah.

“Bukannya nak masuk kamar mahkamah, tapi nak masuk kawasan mahkamah saja.”

Bukan itu je, Lokman juga mengatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sangat terdesak untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka benar-benar serius mendakwa Najib di mahkamah.

Sementara itu, dilaporkan Najib kelihatan tenang tiba di mahkamah ditemani dua orang anaknya, Nooryana Najwa dan Norashman.

Kita tunggu jelah keputusannya.

Sumber: lobakmerah

Najib mengaku tak bersalah tuduhan terima RM42j wang haram

Sekali lagi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hadir di kompleks mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, kira-kira 10 minit sebelum jam 9 pagi.

Kali ini Najib berdepan tiga tuduhan melibatkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Akitivi Haram 2001.

Mengikut kertas pertuduhan, Najib didakwa menerima wang berjumlah RM27 juta pada 26 Dis 2014 di AmIslamic Bank Bhd di Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur, dan ia adalah hasil daripada aktiviti haram.

Wang itu diterima melalui sistem Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities (RENTAS).

Bagi tuduhan kedua pula bekas perdana menteri terbabit didakwa menerima wang berjumlah RM5 juta pada tarikh dan tempat serta kaedah sama.

Tuduhan ketiga pula membabitkan wang berjumlah RM10 juta dan ia berlaku di tempat sama, namun pada tarikh berlainan iaitu 10 Feb 2015.

Bagi ketiga-tiga tuduhan berkenaan anak bekas perdana menteri kedua Malaysia itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Sek 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Akitivi Haram 2001

Jika sabit kesalahan Najib boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun, denda lima kali ganda daripada jumlah atau hasil aktiviti haram berkenaan, atau RM5 juta mengikut mana yang lebih tinggi.

Najib ialah anak bekas perdana menteri kedua Malaysia. Beliau sebelum ini sudah didakwa atas tiga tuduhan jenayah membabitkan pecah amanah dan satu salah guna kuasa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.

Malaysiakini membawa laporan secara langsung mengenai prosiding hari ini.

LIPUTAN LANGSUNG

11.55am –  Hakim Nazlan menetapkan Jumaat ini untuk mendengar penghujahan berkaitan permohonan larangan mengulas kes itu.

Tarikh perbicaraan berkemungkinan besar ditetapkan selepas isu larangan itu selesai.

11.50am – Shafee mahu dokumen-dokumen berkaitan diserahkan terlebih dahulu.

“Kita tidak patut tergesa-gesa dalam perkara ini dan minta tarikh pengurusan kes supaya tarikh perbicaraan dapat ditetapkan,” katanya.

Hakim Nazlan berkata beliau bersedia mendengar isu berkaitan permohonan arahan tutup mulut daripada mengulas isu itu.

Shafee bagaimanapun berkata Jumaat adalah hari yang sesuai untuk berbuat demikian kerana kedua-dua pihak telah membuat penghujahan hari ini.

DPP Manoj bersetuju.

11.45am – Shafee meminta dokumen yang belum diperoleh.

Shafee juga meminta supaya permohonan larangan media daripada mengulas isu itu didengar mahkamah pada Jumaat ini.

Untuk perbicaraan, Shafee juga berkata tarikh paling awal beliau dapat hadir pada Februari ini.

DPP Manoj pula berkata beliau tidak bersetuju dan mahu ia diadakan pada November.

11.40am – DPP Manoj minta supaya tempoh jaminan diperpanjang.

Beliau meminta kesemua dokumen berkaitan diserahkan kepada pihak pembelaan.

11.33am – Shafee mengingatkan bahawa badan kehakiman harus kekal bebas.

Hakim Nazlan berkata beliau telah menerima dan membacanya.

DPP Manoj berkata pemindahan hakim itu adalah perkara biasa. Beliau bertanya kenapa Shafee membangkitkan perkara itu sedangkan beliau tiada bantahan.

Shafee dan Manoj bertelagah.

DPP memohon kes perbicaraan dipercepat.

11.25am – Shafee membantah dan menunjukkan surat Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Katanya, surat itu adalah pemerhatian terhadap pentadbiran keadilan di negara ini berkaitan kes itu.

Shafee juga merujuk kepada pemindahan hakim Sophian. Katanya, beliau tidak memperkecilkan kelayakan hakim Nazlan.

Shafee berkata, anak guamnya mengadu berkaitan pentadbiran keadilan dan menegaskan kes itu sebagai kes yang sagat sensitif.

“Bila pemindahan (hakim) berlalu, Majlis Peguam senyap,” katanya.

11.18am – DPP Manoj berkata mereka telah meminda pertuduhan pada 4 Julai lalu.

Pertuduhan baru itu menyebut:

  • Najib memperoleh RM42 juta di Jabatan Perdana Menteri dan meluluskan dana KWAP sebanyak RM4 bilion.
  • Najib di Amisamic Bank sebagai penjawat awam yang diamanahkan dengan SRC International telah memperoleh RM27 bilion.
  • Najib di Amislamic Bank sebagai penasihat emeritus SRC menerima RM5 juta.
  • Najib di Amislamic Bank menerima RM10 juta dari SRC.

Manoj meminta kes-kes itu disatukan.

11.15am – Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup berkata tuduhan baru ke atas Najib sudah disebut di Mahkamah Tinggi 1.

Beliau kemudian meminta tuduhan itu dibacakan sekali lagi dan kenyataan Najib diambil.

Tuduhan tersebut kemudian dibacakan bersama hukuman yang boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan. Najib dilihat kemudian mengangguk sebagai tanda memahaminya.

Najib kemudian mengaku tidak bersalah dan meminta kesnya dibicarakan.

11.03am: Najib memasuki mahkamah dan duduk di kandang tertuduh, manakala anak-anaknya mengambil tempat di kerusi baris kedua galeri awam.

Turut kelihatan ialah pembantu sekali gus setiausaha akhbar Najib Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Kes ini didengar hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menggantikan hakim sebelum ini Datuk Sophian Abdul Razak.

10.36am: Hanafiah meminta supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi 3 dan urusan ikat jamin, katanya, wajar dilakukan di situ.

Peguam bela Najib Muhammad Shafee Abdullah turut bersetuju dengan permohonan berkenaan.

Hakim kemudian membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi 3 hari ini selepas kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.

Dijangkakan tiga tuduhan hari ini akan didengar serentak dengan empat tuduhan lain yang sudah dikenakan ke atas Najib sebelum ini.

10.30am: Mahkamah bersidang di depan hakim Datuk Azman Abdullah dengan dimulai pengenalan diri oleh ketua pihak pendakwa Mohd Hanafiah Zakaria, serta peguam bela dan peguam pemerhati bagi pihak Rosmah Mansor.

Hanafiah berkata kes itu dibicarakan di situ selepas dipindahkan dari mahkamah sesyen.

10am: Tiga pertuduhan dibacakan kepada Najib membabitkan penerimaan wang haram berjumlah RM42 juta dalam akaunnya empat tahun lalu.

Wang itu ialah milik SRC International Sdn Bhd.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Najib, 65, selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan hakim Azura Alwi.

9.40am: Seorang penyokong Najib yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Daniel Goh berkata semasa Najib didakwa kali pertama dulu, tiada sebarang kejadian “di luar kawalan” berlaku.

Justeru kata Goh polis sepatutnya membenarkan mereka memasuki pekarangan kompleks mahkamah hari ini.

“Kami bukan nak ganggu peguam negara. Saya sama sekali tak setuju dengan kata-kata rowdines kamu,” katanya.

Goh berkata demikian semasa menjawab soalan seorang petugas media asing yang mengaitkan insiden pada 4 Julai lalu dengan arahan pihak berkuasa hari ini.

Semasa Najib dituduh untuk kali pertama sekumpulan penyokongnya menjerit-jerit dan memarahi Peguam Negara Tommy Thomas sejurus sebelum dia mengadakan sidang media.

Mereka mengecam Thomas kerana tidak menggunakan bahasa Melayu.

Datuk Lokman Noor Adam dan Ellie Suriaty Omar bersependapat dengan kenyataan Goh.

Kata Ellie mereka hanya bertindak balas terhadap “provokasi” pemimpin DAP, termasuk Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang membuat kenyataan media menggunakan bahasa Mandarin.

Apabila dijelaskan kenyataan media itu dibuat untuk kegunaan media berbahasa Cina, Goh berkata, Thomas sepatutnya faham keadaan itu.

“Tommy Thomas menghabiskan banyak masa di Kanada. Di sana ada ramai orang yang menggunakan bahasa Cina.

“Adakah Kanada membenarkan (kenyataan media dibuat dalam bahasa Mandarin)?” katanya.

Kemudian wartawan terbabit menjawab: “Ya, mereka memang benarkan. Saya tahu sebab saya orang Kanada.”

Namun Goh tetap tidak berpuas hati. Katanya Kanada tidak akan melantik seseorang peguam negara yang tidak mampu berbahasa Inggeris.

9.20am: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam bersama kira-kira 20 penyokong Najib dilarang memasuki kompleks mahkamah oleh anggota keselamatan.

Bercakap kepada media Lokman yang baru saja dikecewakan di Sungai Kandis berkata, apa yang berlaku hari ini menunjukkan satu lagi sikap diktator pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Mereka bertindak dengan sesuatu yang tak boleh diterima akan iaitu menghalang orangg awam memasuki kompleks mahkamah.

“Bukannya nak masuk kamar mahkamah, tapi nak masuk kawasan mahkamah saja,” katanya.

Menurut Lokman, kerajaan hari ini sangat terdesak untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka benar-benar serius mendakwa Najib di mahkamah.

Turut hadir bersama Lokman ialah seorang lagi penyokong kuat Najib, pelakon Ellie Suriaty Omar.

9.11am: Najib kelihatan masuk dari arah bilik saksi dan mengambil tempat di kandang tertuduh.

Ia berlaku hanya beberapa minit selepas Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan anaknya Farhan Shafee serta kumpulan peguam belanya masuk.

8.55am: Peguam Rosmah Mansor, K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent berada di mahkamah untuk melihat prosiding berlangsung.

Turut ada di dalam kamar ialah pihak pendakwa diketuak Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Peguam Negara, Mohd Hanafiah Zakaria, serta timbalannya, Ishak Mohd Yusoff serta beberapa pegawai kanan lain.

Buat masa ini peguam Najib yang diketuai Muhammad Shafee Abdullah belum kelihatan.

8.49am: Akhirnya orang yang ditunggu-tunggu tiba. Najib yang datang menaiki Toyoto Vellfire putih terus menuju ke lif di tepi bangunan kompleks mahkamah.

Menyertai Najib – yang kelihatan tenang – ialah dua orang anaknya Nooryana Najwa dan Norashman.

Beliau sempat melambai ke arah wartawan serta jurugambar yang menantinya sejak pagi tadi.

Di luar ada kira-kira 20 orang penyokong beliau berkumpul bagi memberi sokongan terhadap bekas perdana menteri berkenaan.

8.30am: Petugas media sabar berkumpul menanti kedatangan Najib. Bagaimanapun keadaan terkawal.

Sebelum ini ketika Najib didakwa kali pertama beberapa jurugambar memanjat tiang bangunan kompleks mahkamah untuk mendapatkan sudut yang lebih baik bagi merakam detik berkenaan.

Anggota Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas calon pilihan raya kecil Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam dijangka hadir untuk memberi sokongan kepada Najib.

8.05am: Pegawai bertugas mula membenarkan wartawan yang membuat liputan memasuki Mahkamah Sesyen 9. Hakim di mahkamah ini ialah Azura Alwi.

Wartawan diberikan tempat di dua barisan terakhir tempat awam.
Sumber: malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *