Adam Lee Dedah Status Hubungan Dengan Sweet Qismina

Pelakon baharu Adam Lee berkata dia lebih selesa bersikap jujur dan enggan berahsia mengenai hubungan rapatnya dengan aktres Sweet Qismina.

Mengakui masih dalam fasa perkenalan, Adam, 25, berkata dia juga tidak menolak jika ditakdirkan jodohnya dengan Sweet kerana mereka sudah mengenali antara satu sama lain.

“Semua orang tahu saya tengah berkawan rapat dengan Sweet Qismina, masih sedang kenal antara satu sama lain dan kami memang tak sorok hubungan di Instagram.

“Sweet ada ciri-ciri wanita yang saya suka dan kalau ditakdirkan jodoh saya dengan dia, saya tak tolak, cumanya untuk ke fasa itu belum lagi. Sekarang ini kami sedang memantapkan diri masing-masing… mantapkan ekonomi dan sebagainya, tapi kita tak tahu kalau perancangan Allah kahwin dalam masa terdekat,” katanya kepada mStar.

 

Adam Lee ditemui semasa sidang media pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH32) yang diadakan di Tamu Hotel & Suite, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam ABPBH, pelakon ini tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular bersaing dengan empat lagi bintang iaitu Afieq Shazwan, Iswan Ismail, Raja Atiq dan Ryan Deedat.

Sementara itu, pelakon drama Curi-Curi Cinta ini berkata hubungannya dengan Sweet Qismina menerima respon baik daripada peminat.

Malah, peminat turut mengharapkan agar hubungan itu berakhir dengan perkahwinan dan mendoakan yang terbaik untuk pasangan pelakon drama Adam Chempaka ini.

“Alhamdulillah… komen peminat di Instagram mereka tak halang hubungan kami, peminat semuanya positif. Yang nak suruh cepat-cepat kahwin tu normallah dan kebanyakan mereka mendoakan yang baik-baik sahaja,” ujarnya.

Tak Salah Sweet Qismina Nak Keluar Dengan Adam Lee

Pelakon Sweet Qismina berkata ada beberapa kali dia keluar makan bersama pelakon Adam Lee. Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina, 22, berkata, tidak salah untuk mereka keluar bersama memandangkan masing-masing masih lagi bujang.

“Memang benar saya sudah beberapa kali keluar dan lepak makan bersama Adam. Bagi pihak saya, tiada masalah pun nak keluar dengan sesiapa.

“Rasanya, pihak Adam pun sama juga macam saya tidak ada masalah. Sebab kami berdua masih bujang. Kalau Adam atau saya ada kekasih, barulah rasanya tidak elok untuk kami berdua keluar bersama,” katanya kepada mStar Online.

Sweet diminta mengulas mengenai foto dia dan Adam makan di sebuah gerai yang dimuat naik akaun Instagram gerai tersebut. Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Cinta Tiada Ganti ini memberitahu hubungan mereka tidak melebih sebagai kawan sahaja. Kata Sweet, dia mula mengenali Adam semenjak sama-sama membintangi drama Adam Chempaka pada sebulan yang lalu.

 

“Saya dan Adam berkawan sahaja dan saya selesa dengan dia. Kami tidak ada hubungan istimewa pun. Kalau betul kami bercinta, mesti saya dah berkongsi di laman sosial. Kami kenal masa berlakon dalam drama Adam Chempaka sebulan yang lalu,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: mstar dan ig via rimbabara

Leave a Reply