Gara-gara Gaduh Dengan Guru Besar, Cikgu Ini Sampai K*lar Tangan

Video diatas sekadar hiasan,cerita selanjutnya di bawah ini

Seorang guru tugasnya mendidik dan membimbing anak-anak murid untuk menjadi seorang insan yang terpelajar, dihormati dan berakhlak untuk menempuhi waktu dewasa nanti.

Tapi alangkah terkejutnya bila tiba-tiba viral kat Facebook dan Twitter berita seorang guru bertindak kelar tangan sendiri sebab bergaduh dengan guru besar di sekolah!

Alamak, apa cerita ni?

“Dia telah memalukan saya di hadapan guru lain dan mengugut untuk jatuhkan saya..”

Dalam gambar yang berlegar di Internet, kejadian dipercayai berlaku di sebuah sekolah rendah di Sungai Buloh, Selangor.

Menurut laporan bertarikh 3 Oktober lepas, kejadian berlaku sehari sebelumnya melibatkan seorang guru dan guru besar di sekolah berkenaan.

Guru besar berkenaan dikatakan memalukan guru terbabit di hadapan guru lain, mengugut untuk menjatuhkannya serta membalas dendam.


Berang dengan kejadian itu, tanpa sedar guru ini bertindak mengelar tangan kirinya di hadapan guru besar tapi tidak dipedulikan.
Sebaliknya, selepas kejadian guru besar ini mengarahkan dia dibawa ke klinik untuk menerima rawatan.

Ingin membuat tuntutan kos perubatan dan ke atas diri sendiri

Selepas menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Selangor atas ihsan tiga orang guru lain yang mengiringinya, pengadu berusia 28 tahun membuat keputusan untuk membuat tuntutan kos.

Ia melibatkan tuntutan kos ganti diri perubatan dan ke atas diri sendiri terhadap guru besar yang didakwa telah memalukannya.

Malah dia juga mendakwa pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tidak membuat sebarang tindakan terhadap guru besar terbabit berhubung ‘jenayah kerja’ yang dilakukan terhadap dirinya serta guru-guru lain.

Pengadu berkata dia juga mengalami tekanan perasaan yang teruk akibat tidak tahan dengan sikap guru besar berkenaan.
Walau bagaimanapun, pihak admin tak dapat pastikan apa yang telah berlaku kerana kekurangan maklumat yang ada di media sosial buat masa ini.

Tapi diharapkan pihak Kementerian Pendidikan, PPD serta Jabatan Pendidikan Negeri dalam menyiasat kejadian ini secepat mungkin kerana ia berlaku dalam kawasan  sekolah.

Sumber

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *