AJL33 Milik ‘Haram’, Adibah Noor Dedah Rahsia Di Sebalik Keputusan Juri

Nampaknya semalam dan harini, memang ramai rakyat Malaysia yang membuat status berkenaan #AJL33 atau Anugerah Juara Lagu ke-33. Ada netizen gembira, ada yang tak berpuas hati dengan keputusan juri pada kali ini dan berbagai lagi lah ragam yang mencuit hati dalam media sosial.

Tak ketinggalan juga status dan tweet dari kalangan selebriti tanah air. Juara AJL ke 21, Adibah Noor juga menyaksikan anugerah berprestij ini dan berkongsi rahsia di sebalik keputusan juri.

Dalam tweetnya yang dikeluarkan semalam, Adibah mendedahkan bahawa keputusan siapa yang menjadi juara sudah di putuskan sebelum acara ini berlangsung semalam.

Jadi, tak perlulah kita mempertikaikan anugerah malam tadi. Walaubagaimanapun, dalam tweet yang berbeza, Adibah meramalkan Siti Nordiana dan Jaclyn Victor sepatutnya layak merangkul Anugerah Vokal terbaik, manakala Syamel sebagai persembahan terbaik dengan lagu Kau Pun Sama.

Apa-apa pun ramai yang berpuas hati denga lagu Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33  yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi. Berikut keputusan.

Naib juara jatuh kepada lagu Bunga dendangan Ara Johari manakala tempat ketiga disandang lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar. Misha meraih kemenangan berganda apabila memenangi trofi Vokal Terbaik manakala Persembahan Terbaik diraih Sufian Suhaimi dengan lagu Di Matamu.

Sumber: hangat

Najib Razak Muat Naik Gambar Juara AJL ke-33, Balas Ucapan Ezra Kong

Tanpa disangka-sangka, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengeluarkan satu tweet berkenaan Anugerah Juara Lagu ke-33 di lamantwitter beliau. Sejurus tamat anugerah lagu yang berprestij itu, Najib di twitternya memuatnaik gambar kemenangan Juara AJL-33Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan Ezra Kong.

Kalau anda perasan, saat sang Juara menyampaikan ucapan,  komposer, Ezra Kong ada menyebut ayat Salam 1Malaysia dan Salam Malaysia Baru di pentas AJL malam tadi. Kemungkinan besar dengan  ucapan ini membuatkan Najib terpanggil mengeluarkan tweet ini memandangkan ‘Salam 1Malaysia’ sinonim dengan pentadbiran Najib ketika menjadi Perdana Menteri ke-6.

Dalam tweet tersebut Najib menulis kapsyen dari bait-bait lagu ‘Haram’,

“Salam 1Malaysia! Oh biar rasa ini, Hanya sekadar engkau tahu, Aku ada bila perlu, Kita saja tahu
Ternyata benar benar kali ini, Memilih kamu Mencintai aku,” tulis Najib sambil berkongsi gambar Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah yang membuat persembahan pada AJL malam tadi.

Sehingga artikel ini ditulis, hantaran yang dibuat Najib itu mendapat 3,000 tanda suka, 263 komen dan 2,200 retweet.

Selain itu, ketika acara berlangsung pengacara Sherry Al Hadad yang digandingkan dengan Alif Satarmenyebut ‘Malu apa bossku’ disambut gelak besar oleh Alif Satar. Malahan penonton AJL juga kedengaran bersorak riuh rendah mendengar ayat yang dilontarkan Sherry.

Sumber:hangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *