Akhirnya Norhizam minta maaf atas keterlanjuran kata, ini reaksi wakil penduduk selepas beliau mohon maaf

“Saya memohon maaf terhadap kekasaran bahasa dan keterlanjuran kata pada kejadian petang semalam. Saya sedar insiden yang tular di media sosial sejak petang semalam telah memberi imej negatif kepada diri saya sebagai wakil rakyat dan kerajaan negeri.

“Suka saya tegaskan sebagai Adun yang dipilih oleh rakyat, saya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan hidup penduduk terutama rakyat yang saya wakili dalam kawasan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perdamaian bersama beberapa wakil penduduk Kampung Pulau Nibong  yang turut dihadiri Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka, Tey Kok Kiew di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, petang tadi.

Sementara itu, wakil penduduk Kampung Pulau Nibong, Md Derus Tompang berkata, pihaknya menerima dengan sepenuh hati permohonan maaf itu dan menganggap segala keterlanjuran adalah lumrah sebagai manusia biasa.

“Saya juga bagi pihak penduduk berharap satu penyelesaian dapat dicapai yang memberikan situasi menang-menang untuk kedua belah pihak, saya yakin ia boleh diselesaikan dengan cara terbaik dan muafakat.

“Penduduk Pulau Nibong amat berterima kasih kepada kerajaan negeri terutama Ketua Menteri, barisan Exco dan wakil rakyat. Kami akur bahawa rakyat sudah memberi mandat kepada kerajaan PH dan segala dasar-dasar kita ikut meskipun fahaman politik berlainan. Yang penting adalah kepentingan masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Kok Kiew berkata, isu penutupan jalan alternatif di Taman Akasia di Pengakalan Bata berkenaan kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi mencapai jalan penyelesaian.

“MPHTJ akan berjumpa dengan penduduk dari kedua-dua pihak dan akan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian terbaik mengenai isu tersebut,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Norhizam bersama sekumpulan penduduk hadir bagi membincangkan isu penutupan jalan alternatif di Taman Akasia yang menjadi laluan utama penduduk selepas pihak MPHTJ mengambil keputusan menutup jalan berkenaan pada 2 Oktober lalu.

Bagaimanapun, perbincangan yang sepatutnya berlangsung dalam keadaan baik sebaliknya menjadi tegang dengan kehadiran kira-kira 20 penduduk Kampung Pulau Nibong yang terletak bersebelahan taman perumahan berkenaan.

Sumber: Sinarharian

Video

Ok la tu dah minta maaf… macam ni kan bagus… mengaku jer kalau dah buat silap… dan jaga la kepentingan semua penduduk tidak kira dari parti mana kalau sudah menjadi wakil rakyat..Tapi jangan pula ada khadam tetap nak backup kebiaDAPan dia sebelum ini sehingga ada yang bandingkan penduduk kampung tu dengan lembu demi nak bela kebiaDAPan Norhizam Hassan Baktee .Yang BiaDAP tetap Yang BiaDAPExco Kerajaan Negeri, Norhizam Hassan Baktee akui bertindaknya mengikut emosi berhubung isu video tular `naik suara’ terhadap penduduk Kampung Pulau Nibong, Pengkalan Batu, Melaka dan telah tampil membuat permohonan maaf, hari ini.Berita penuh: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/10/484413/norhizam-mohon-maaf

Posted by Nasir Seligi on Wednesday, 10 October 2018

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *