Akibat ditegur PU Amin, Liana Rosli mengamuk habis di Instagram..

Liana Rosli atau Kak KM, nama ini sering menjadi sebutan netizen sejak kebelakangan ini dengan aksi ‘gedik’ dan seksinya yang dikongsi di laman media sosial miliknya.

Setiap gelagat Kak KM berjaya menarik perhatian daripada pelbagai lapisan netizen termasuk Pencetus Ummah Amin.

Setelah PU Amin beberapa kali menegur pengasas produk kosmetik itu, kali ini Kak KM telah hilang sabar dan ‘meletup’ dengan teguran yang berikan.

Dengar klip rakaman suara Kak KM ‘naik angin’ yang telah dimuat naik oleh PU Amin di Instagram miliknya :

Jangan judge aku! – Kak KM

Menerusi rakaman suara tersebut, Kak KM merasakan yang PU Amin cuba untuk menutup periuk nasi dirinya.

Tambah anak kepada Normah Damanhuri itu, duit jamu yang diperolehi itulah digunakan untuk menyara anak-anak beliau.

Bukan itu sahaja, Kak KM juga merasakan bahawa PU Amin mempunyai niat jahat dan cuba untuk menjatuhkan dirinya.

“Islam ajar kau apa? Islam ajar kau tutup periuk nasi orang?”

PU Amin juga disuruh menjaga diri sendiri dan keluarga sebelum mengambil tahun hal perihal orang lain.

Bukan pertama kali ditegur…

Ini bukanlah pertama kali Kak KM ditegur, malah sudah beberapa kali juga beliau menghiraukan teguran orang dengan membalas:

“Kau hal kau, aku hal aku”

Kak KM seharusnya mengambil segala teguran dengan hati yang terbuka, ini juga untuk kebaikan diri sendiri.

Kepada yang menegur pula, teruskan usaha akan tetapi berhati-hatilah dengan kata-kata agar tidak menjatuhkan dan menyakitkan hati yang ditegur.

Sumber: KM Liana RosliPU Amin

Kak KM Buat Keke Challenge Versi MELETOP, Ini Teguran PU Amin..Makan Dalam

 

Liana Rosli atau lebih mesra dipanggil Kak KM sering menjadi tumpuan masyarakat kerana sering menayangkan aksi-aksi berunsur lucah di Instagramnya.

Meskipun sering kali menjadi kecaman masyarakat kerana selalu menayangkan aksi lucah dan tidak sopan, Kak KM tidak pernah berhenti daripada menghiburkan para pengikut-pengikut beliau di media sosial dengan aksi-aksi panasnya.

Terbaru Kak KM telah ‘belanja’ para pengikutnya dengan aksi Keke Challenge versinya sendiri yang berbeza dengan video-video #kekechallenge yang pernah dilihat sebelum ini.

Menerusi Instagramnya, Kak KM telah memuat naik sebuah video beliau yang memakai baju singlet berwarna kuning yang mendedahkan dada sambil membuat Keke Challenge itu.

Pada awal video, semuanya kelihatan seperti biasa sebelum Kak KM ‘naik hantu’ dan mula menonggeng menayangkan punggungnya pada kamera.

Video tersebut telah mendapat lebih 145,000 tontonan itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang meminta supaya Kak KM segera bertaubat dan berdoa agar diberikan hidayahNya.

Fitnah akhir zaman ni…

Lantak dia lah nak buat apa!

Tidak kurang pula yang terhibur dengan aksi Kak KM itu dan mempertahankan tindakan idola mereka itu.

Sumber : oh my media via lubokviral

Sejak kebelakangan ini Pencetus Ummah Amin aktif meneruskan dakwah menegur beberapa ahli perniagaan yang dilihat mempamerkan aksi keterlaluan di media sosial. Anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri, Kak KM lantang bersuara terhadap tindakan PU Amin itu.

Ini respon PU Amin terhadap teguran bidas Kak KM yang terlalu marah dan menganggap tindakan PU Amin itu boleh tutup periuk nasi dan perniagaannya.

Nak tutup periuk nasi orang, guna otak la

Ada kawan hantar video asal pada aku , kemudian ada pula yang hantar versi suara sahaja . Lepas kejadian aku tegur dorang , ngamuk habis dorang . Apa aku boleh katakan tanggungjawab sudah dijalankan.. . Aku tak mintak korang boikot , aku cakap pada yang tak suka tengok dan nak pelihara iman dan akhlak agar report segala video video lucab yang dipamerkan . Perniagaan tak salah , tapi cara promosi yang haram perlu dikatakan haram . Ramai orang tegur tak jalan , ustaz ustaz tegur tak jalan , mufti tegur tak jalan , jadi aku tegur la cara aku , ha baru perasan pedas.Benda lucah ni dia buat dari tahun lepas . Kat surau dan masjid masjid semua ustaz ustaz tegur kot.. . Kepada kawan kawan jangan komen yang tak baik , jangan hina Kak KM dan kawan kawan dia . Kita doakan Allah beri teguran dan hidayah pada dia . Jangan komen maki hamin di ruang komen doa yang baik baik untuk kak km , dan geng geng dia . Bila kata kata kita dikatakan bodoh dan bangang hanya doa senjata terakhir sebagai pagar dari segala bencana.. . Semoga terguran aku ni akan membuka mata dan telinga pengusaha dan peniaga produk agar tidak langsi dengan hukum hakam Allah . Aku pelik , founder produk nuraysa tu pakai purdah kot , mata je nampak , tapi sale juta juta jugak . Low profile tak pernah nampak dia berjoget nak jual produk ‘ apa sa ?’ tu.. . Dunia nak kiamat segera bertaubat .

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

Teruskan dakwah

Mak dia tak tegur ke?

Sumber: PU Amin

Sumber:ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *