Akibat Tuduh Indonesia Kerap Dilanda Bencana Kerana Maksiat, PU Amin Teruk Kena ‘Sekolah’

Video diatas sekadar hiasan

Seperti sedia maklum, negara jiran Indonesia diuji dengan bencana alam gempa bumi. Wilayah tengah pulau Sulawesi itu digegarkan gempa bumi dengan kekuatan 7.5 magnitud dengan kedalaman 10 kilometer sehingga turut mengakibatkan tsunami.

Angka korban bencana gempa bumi dan tsunami di Indonesia kini mencecah 832 orang serta dijangka terus meningkat. Pendakwah yang sebelum ini kerap kali menerima kecaman netizen, Pencetus Ummah (PU) Amin turut tidak ketinggalan memberi komen mengenai bencana alam ini.

Dakwa malapetaka berlaku kerana maksiat

PU Amin menerusi Twitternya semalam mendakwa pihak ulama di Indonesia bersepakat mengatakan bencana alam yang berlaku adalah disebabkan maksiat yang banyak terjadi di bumi. Bencana ini berlaku sebagai ‘laknat’ supaya manusia beringat, dakwanya lagi.

Dibandingkan dengan pendakwah terkemuka, Pope

Tindakan PU Amin itu kemudiannya dibandingkan dengan satu tweet daripada pendakwah Shaykh Azhar Nasser. Menurut Shaykh Azhar, dia meluahkan rasa sedih di atas kematian lebih 800 mangsa berkenaan. Dia juga mendoakan supaya keluarga mangsa dikurniakan kesabaran atas kehilangan yang menimpa.

Keluar kenyataan palsu juga ciri-ciri orang munafik

Netizen minta akaun PU Amin dihack

 Respon penulis Indonesia

Seorang penulis dan juga pensyarah dari Indonesia, Haidar Bagir menyelar tweet berkenaan dengan mengatakan tidak sepatutnya musibah sebegitu disamakan sebagai hukuman Allah. Ini kerana hanya Allah yang tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Tambahnya lagi, kebebasan dari musibah bukan bermakna bebas dari kemurkaan, mungkin itu adalah istidraj oleh Allah.

Tweet berkenaan kemudiannya dipadamkan PU Amin setelah menerima kritikan hebat netizen.

Sumber: Twitter

Kredit: ohbulan

Video:

Luahan PU Amin Terhadap Jutawan Kosmetik… 👇👇👇 Ramai Orang Dah Hilang Sabar Dengan Cik Safiey nie….Sya minta maaf . Saya tak tahan sabar . Semoga Allah Swt pelihara seluruh masyarakat , keturunan kita semua . Aku sound terang sebab mende ni dia buat terang . Esok kalau ada kata aku buka aib , aku senyap je lah . Maka. roti cicah milo sambil tengok keturunan , ummat manusia makin hilang nilai dan agama .

Posted by VideoMalaysia on Tuesday, 3 July 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *