Akim Sedih Tidak Dapat Beri Hadiah Hari Jadi Pada Isterinya, Tak Sangka Ini Kata-Kata Stacy

Penyanyi Stacy mendedahkan suaminya yang juga penyanyi Akim Ahmad berasa sedih kerana tidak dapat memberikan hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-29 pada Ahad lalu.

Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam, berkata dia sentiasa bersyukur dan menganggap kehidupannya kini lebih bermakna dengan kehadiran suami dan anak-anak.

“Dia sedih tiada apa yang dapat diberi sebagai hadiah hari jadi saya hari itu. Hari-hari pun you dah bagi I kehidupan yang bermakna untuk kenangan kehidupan I.

“I bersyukur sangat. Alhamdulillah, you dan anak-anak adalah hadiah yang cukup untuk I senyum dan bersyukur setiap hari. Biarlah dugaan dan ujian datang mencuba kita ni dijadikan iktibar dalam kehidupan untuk menjadi manusia yang lebih teliti dan berfikiran rasional lepas ni,” katanya menerusi Instagram.

 

Stacy dan Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 28, mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Eshaal, 2, mereka turut mempunyai anak angkat bernama Bella yang kini berusia 7 tahun.

Tambah Stacy, kekayaan boleh dicari namun mengakui bukan mudah untuk bertemu dengan pasangan yang dapat menjalani kehidupan harmoni dan gembira bersama-sama.

“Duit boleh dicari Insya-Allah tapi kehidupan yang harmoni dan dapat senyum bersama orang-orang yang ikhlas berjuang bersama kita tu bukan senang.

“Dan kita bersyukur dengan orang-orang yang ada di dalam lingkungan tu Alhamdulillah, terima kasih untuk lagu Yang Satu you tujukan untuk I tu Ying.

“Terasa seperti bidadari cantik pula bila kena tuju lagu ke kita ni. Siapa yang sudah dengar lagu Yang Satu dari Akim & The Majistret hari itu? Sweet untuk buat penghargaan bini-bini (isteri) kan. Tak payah handbag bagai untuk I Ying, cukuplah untuk jiwa emas yang you berikan pada I selama ni. Alhamdulillah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Stacy turut memberi nasihat kepada pengikutnya di laman sosial untuk sentiasa bersabar dalam menjalani kehidupan berumah tangga.

“Bila kita selalu mengalah dan bersabar tu tidak bermakna kita nak jadi orang bodoh tapi cukup untuk kita nak cakap kita tenang-tenang saja. Hidup kena positif dan harmoni.

“Buang air yang keruh dan tukar dengan air yang dah ada penapis. Yang penting kena selalu saling mengingati antara satu sama lain. Insya-Allah cepat atau lambat kita pasti dapat impian kita sama-sama asalkan kita sentiasa ikhlas mencari rezeki yang halal dan jangan ambil hak orang,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: mstar dan ig via rimbabara

Leave a Reply