Kenali Aktres Indo Cynthiara Alona, Dulu Berhijab Kini Seksi Bak Barbie

Langit tak selalunya cerah, kadang-kadang kala manusia boleh berubah tanpa dijangka. Bercakap mengenai perubahan manusia, di Malaysia sahaja ramai selebriti telah memutuskan untuk mengubah penampilan mereka.

Sebelum ini kita dikhabar dengan beberapa orang selebriti yang tidak lagi bertudung seperti Uqasha Senrose dan Sara Ali. Keputusan mereka telah mendapat liputan meluas dari media tempatan.

Cynthiara Alona

Artis dan model popular dari negara seberang, Indonesia, Cynthiara Alonabaru-baru ini juga menjadi perhatian orang ramai kerana transformasi yang berlaku pada dirinya.

Pada yang tidak mengenali model cantim ini, sebelum terjun ke dunia perniagaan, dia aktif dalam dunia hiburan. Alona dikatakan sering memegang watak penting dalam beberapa filem seram seperti Setan Budeg, Susuk Pocong, dan Diperkosa Setan.

Cantik Berhijab

Alona memutuskan berhijab sejak bulan Mac 2016 yang lalu. Penampilannya telah menerima banyak komen positif dari netizen.

Sejak terjun ke dunia hiburan pada tahun 2004 hingga kini, penampilan Alona mengalami perubahan yang berbagai-bagai. Apa yang membuatkan Hangat.com terkejut, Alona kini memutuskan dia tidak bertudung lagi.

Kini Tidak Berhijab Malah Lebih Seksi

Seperti video terbaru di atas dari Instagramnya, Alona tampil kasual dengan t-shirt hitam dan seluar jeans. Dia juga memakai kacamata serta beg tangan mewah dari brand Louis Vuitton.

Rambutnya yang dulu tertutup hijab kini dibiarkan lepas dengan warna kelabu. Ada peminat yang menggelarkan dirinya mirip seperti patung Barbie malah semakin seksi dan sensual. Lihat gambar-gambar ini yang dihimpunkan dari Hangat.com;

Pakai Bikini

Sehingga sekarang, perubahan yang berlaku pada Alona tidak tahu apa sebabnya.  Alona tidak berhijab sejak awal Oktober tahun 2017, Alona malah makin berani tampil seksi. Bintang filem Kutunggu Jandamu itu juga turut memuatnaik foto dan video dirinya mengenakan bikini.

Berkahwin Dengan Pemuda Berasal Amerika

Ada desas-desus memberitahu Cynthiara Alona mengakudirinya sudah melangsungkan pernikahan di Amerika Syarikat . Malangnya, Alona tidak menceritakan secara terperinci siapa lelaki yang  menjadi suaminya itu.

Mungkinkah suaminya merupakan jejaka berasal dari Amerika yang membuatkan dirinya berubah menjadi seperti ini?

Sumber: hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *