“Aku Pakai Kereta Proton Je Tapi Hari-Hari Aku Mampu Makan Udang Galah!” – Zarina Anjoulie Beli Kereta Baru

Pelakon Zarina Anjoulie berkongsi berita gembira kepada pengikutnya apabila berjaya membeli sebuah kereta baharu buatan Malaysia semalam.

Kata Zarina, kereta jenama Proton itu kerana dirasakan berbaloi dan dibeli atas dasar mengikut kemampuannya.

“Yeay… new day new car. Biar la proton je yang penting bukan nombor plate bukan register under nama cina mana entah ok.

“Beli apa yang afdal dan sesuai dengan ekonomi sendiri.

“Tak sanggup aku nak angkut merc tapi terkinja-kinja nak bayar kang pastu makan maggi pastu kang kena tarik,” tulisnya.

Zarina turut menempelak segelintir pengguna yang memandang rendah pilihannya untuk membeli jenama kereta berkenaan.

“Sebelum kau cakap ha proton je … Let me tell u that I had my first BMW since I was 25 and guess what worse decision ever.

“Sebab nak cam korang la giler glam nak show off, tapi haprak maintenance cam setan semua mahal rosak sikit kalau takde RM2,000 tak payah cerita.

“End up bila jual balik value jatuh nak mati aku rugi.. Untuk apa? Semua untuk kebodohan aku nak show off.

“I don’t need all that now. I’m happy with my life kereta aku proton tapi hari-hari aku mampu makan udang galah. Dari kau bawak BMW makan ikan reject kat pasar,” tambahnya.

Ini baru betul definisi alah membeli menang memakai!

Sumber artikel : gempak.com

Artikel menarik lain

Biodata Artis Zarina Anjoulie

Zarina Anjoulie bukanlah suatu nama yang asing dalam industri seni tanahair dan pernah membintangi drama Anak Pontianak suatu ketika dahulu. Beliau juga pernah terpalit dengan pelbagai kisah kontroversi dan imej seksi suatu ketika dahulu. Namun Alhamdulillah, beliau kini sudah berubah dan bertudung sepenuhnya. Melalui perkongsian di laman Instagram, beliau telah bertekad mahu menjadi seorang isteri dan Muslim yang lebih baik.

“MasyaAllah she look extra gorgeous.. cantik sangat sayang.. my dear @zarina_anjoulie kakza doakan u bahagia hingga syurga.. love her..” luah rakan artis, Azza

 

Biodata Zarina Anjoulie

Nama Penuh: Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul

Nama Popular: Zarina Anjoulie

Tarikh Lahir: 9 September 1987

Umur: 29 Tahun (2016)

Keturunan: Melayu, Iran dan Scotland

Agama: Islam

Asal: Kuala Lumpur, namun kini menetap di Brunei

Adik-Beradik: Anak kelima dari lapan adik-beradik

Kerjaya: Pelakon dan Model

Pendidikan: Diploma Broadcasting & A Levels Law and Business

Anak: Seorang anak lelaki kandung

Instagram Zarina Anjoulie: https://www.instagram.com/anjoulielavocah

Twitter Zarina Anjoulie: https://twitter.com/zarina_anjoulie

Tahniah kami ucapkan kepada Zarina Anjoulie di atas kelahiran baby boy yang diberi nama Martin Ezra Mikael. Semoga kehadiran cahaya mata ini akan terus mengukuhkan ikatan perkahwinan mereka. Berikut adalah info lanjut tentang anak Zarina Anjoulie ini.

Sumber:blogmazeer. Tq

Sebelum Ini Zarina Zainuddin pernah tampil untuk meredakan tikam lidah diantara ibunya dan Zarina Anjoulie

Pelakon Zarina Zainuddin tidak mahu menyalahkan atau menyebelahi sesiapa berikutan pertelingkahan membabitkan ibunya dengan pelakon Zarina Anjoulie yang juga sahabat karibnya yang tular di Internet.

Difahamkan, ia berpunca apabila ibu Zarina menuduh Zarina Anjoulie mencedok rahsia produk kecantikannya dan mengeluarkan produknya sendiri.

Menurut Zarina, produk itu dikatakan sama dengan produk milik ibunya.

“Dulu hubungan ibu saya dengan Zarina Anjoulie sangat rapat. Dia seperti anak angkat ibu saya dan saya juga menganggapnya seperti adik sendiri.

“Ibu saya yang mengeluarkan produk kecantikan itu dulu dan dia juga yang tunjukkan kepada Zarina Anjoulie tempat dia mengambil barang-barang itu. Sekarang Zarina Anjoulie pula menjual produk itu sehingga menimbulkan kemarahan ibu dan kecil hati atas perbuatannya,” katanya.

Zarina berkata, dalam perkara ini dia tak mahu berpihak kepada sesiapa.

“Memang saya marah apabila ada orang yang mengata, mencerca dan menghina ibu kerana siapa pun dia, dia tetap ibu saya dan saya tidak boleh menderhaka dengannya.

“Zarina Anjoulie ada menghubungi saya mengadu mengenai perkara itu dan saya hanya mampu mendengar saja. Saya tak mahu campur tangan atau jadi ‘batu api’ kerana tak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Apa yang saya kesalkan, apabila perkara itu dimuatnaik di lnstagram, ramai pula yang memberi pelbagai komen dan menjadikan cerita itu makin ‘panas’,” katanya.

Menurut Zarina, apa yang berlaku sekarang kedua-dua belah pihak cuba ‘menegakkan’ benang yang basah.

“Apapun saya mahu mereka berdamai. Takkan Zarina Anjoulie tidak terkenang langsung hubungannya yang amat rapat dengan ibu saya dulu. Sebagai anak pula, jika ibu saya yang bersalah, maafkanlah dia. Jangan dipanjangkan lagi isu itu. Ia adalah rezeki masing-masing dan tidak perlulah kita bergaduh kerananya,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Tetapi baru-baru ini, Zarina Anjouli mendedahkan Ibu Zarina Zainuddin atau Mama Zuras mengamalkan ilmu sihir. Gambar yang dimuatnaik oleh Zarina Anjoulie itu mendapat perhatian netizen. Namun, individu yang dimaksudkan Mama Zuras di dalam keratan gambar perbualannya itu tidak dapat dikenal pasti.

Pagi tadi situasi kembali panas apabila banyak lagi pendedahan-pendedahan baru oleh Zarina Anjoulie terhadap Mama Zuras.

Tuduhan Zarina Anjoulie terhadap Mama Zuras semakin panas apabila menuduh ada antara ahli keluarganya penagih d4d4h. Malah mereka memhembuskan asap d4d4h tersebut kepada kanak-kanak yang masih kecil dan menganggapnya sebagai gurauan.

Beliau juga mendedahkan perbuatan Mama Zuras yang menyebarkan gambar b0gel Zarina Zainuddin suatu ketika dulu sehingga menyebabkan Zarina Zainuddin digam dari stesen Televisyen dalam tempoh yang agak lama. Hanya beberapa tahun yang lepas penguatkuasaan yang menghalang Zarina Zainuddin dari muncul dimana-mana kaca Televisyen dimansuhkan. Zarina Zainuddin juga kembali aktif berlakon drama sekarang.

Rakyat Malaysia juga turut bersimpati dan terinspirasi dengan kekuatan Zarina Zainuddin dalam menjaga anaknya yang menghidapi penyakit autism. Namun, kontroversi ibunya ini sedikit sebanyak mempengaruhi kredibiliti beliau.

Zarina Anjoulie juga memuatnaik klip pesanan suara oleh Mama Zuras yang dihantarkan kepadanya

Kedengaran seperti Mama Zuras tidak lagi dapat menahan kemarahannya terhadap Zarina Anjoulie. Pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Zarina.

“Part aku cakap keluarga kau penagih pandai pulak kau tak balas. Sebab apa? Sebab kau tahu, aku tahu semua!”

Sumber : IG Zarina Anjoulie

Sumber: matbawang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *