‘Anak Perempuan Saya Macam Bapuk, Tapi Kamu…’ – Jasmin Hamid Warning Netizen Keji Anak

Laman sosial seolah menjadi salah satu cara untuk berinteraksi dengan lebih ramai orang secara maya. Namun, ramai yang mengambil kesempatan berselindung disebalik papan kekunci untuk mengkritik sesiapa sahaja sehingga melampaui batas.

Pelakon otai, Jasmin Hamid meluahkan rasa kesal apabila anak angkatnya turut menjadi mangsa buli dilabel mempunyai rupa seperti pondan di Instagram.

Kutuk muka mak nyah

Jasmin memuatnaik komen yang ditinggalkan netizen wanita tersebut dan mengatakan akan menyekat pengguna tersebut dan mengambil tindakan sebelum ianya merebak menjadi wabak.

Kepada para manusia yang berhati hitam, hati-hati bila nak komen kerana segalanya akan dihisab kelak. Sudah pasti saya akan block dan ambil tindakan pada orang-orang seperti ini sebelum ia menjadi wabak dan merebak di laman sosial saya.

Kesian kepada pemilik account ni kerana penampilannya tak selari dengan akhlaknya, amat keji akhlaknya. Hanya menutup rambutnya tapi terlupa untuk menutup hati dan imannya.

Jangan pernah merasa sombong

Pelakon yang masih lagi aktif di kaca tv drama tempatan ini turut memberi peringatan kepada netizen terbabit mengenai perihal aib wanita itu yang masih tertutup. Tambahnya, mungkin wanita itu lebih cantik berbanding anak perempuannya itu namun hati wanita itu lebih busuk.

Mungkin paras rupa kamu jauh lebih cantik dari anak perempuan saya yang macam bapok bak kata kamu tapi hati kamu jauh lebih busuk. Jika Allah buka aib kamu, sudah pasti tidak ada sesiapa yang dekat dengan kamu.

Jangan pernah merasa sombong dengan kelebihan yang Allah berikan kepada kamu sehingga sanggup menghina orang lain. Terima kasih kerana kamu telah pindahkan pahalamu kepada anak perempuan saya. Kamu tidak tahu asal usul anak perempuan saya. Bila kamu tahu, pastinya kamu akan menyesal seumur hidup kerana telah mencela anak yatim.

Anak angkat Jasmin yang dikenali sebagai Rohana atau Cicik dijaga oleh pelakon itu sejak Jasmin berumur 20 tahun. Selain Rohana, Jasmin juga mempunyai seorang anak angkat lain, Lukhman serta anak kandung, Ian Haziq.

Sumber: Jasmin Hamid

Sumber:ohbulan

Artikel  berkaitan

“Jangan Nak Sentap Dulu…” – Jasmin Hamid Dipersenda Bersalin Secara Normal, Tanya Ada Tak Suami Cari Lain Sebab ‘Longgar’?

Pelakon, Jasmin Hamid akui pernah dipersenda kerana melahirkan anaknya secara normal.

Jasmin menerusi posting terbaru di akaun Instagram memberitahu hanya ibu yang bersalin secara normal sahaja dapat mengalami pengalaman berharga sebaik sahaja merasai saat-saat bayi yang dilahirkan dapat melepasi kepala dan bahunya.

 

“Jangan nak sentap dulu sebelum baca sampai habis, pada yang bersalin kaedah tingkap… Saya kongsi pengalaman sendiri bila saya dipersendakan sebab bersalin melalui pintu.

“Fahami betul-betul wahai para ibu yang enggan melahirkan anak melalui pintu sebab takut sakit dan takut koyak bahagian sulit. NAnti katanya suami dah tak mahu lagi bersama sebab dah koyak dan longgar.

“Itulah yang saya dengar sendiri dari orang sekeliling saya! Mereka sanggup booking date awal untuk bersalin melalui tingkap… Ini banyak terjadi di masayarakat zaman moden.

“Melainkan kaau kita kena gunakan kaedah ceasar kerana ada komplikasi dei menyelamatkan nyawa.

“MasyaAllah… Hanya Ibu yang melahirkan melalui PINTU sahaja yang tahu betapa nikmatnya bila anak dapat lepaskan kepala dah bahunya.

“Hendaknya bila dapat tengok muka anak tu, hilang semua rasa sakit. Ibu-ibu yang melahirkan secara PINTU sahaja yang akan lebih faham rasa sakitnya saat melahirkan. Nyawa di hujung tanduk,” jelasnya.
Jasmin juga turut memberi saranan kepada ibu-ibu yang bakal bersalin memilih untuk bersalin secara normal supaya lebih memahami pengorbanan seorang ibu dan merasai sendiri sakit bersalin.

“Pada bakal ibu-ibu yang akan melahirkan, cubalah bersalin secarapintu jika tiada sebarang komplikasi untuk you all tahu apa itu sakit bersalin.

“Supaya kita lebih muhasabah diri dan lebih fahami perasaan Ibu kita yang melahirkan. Nak jaga berpantang pun senang jika di bandingkan dengan ibu yang melahirkan cara tingkap.

“Pada you all yang belum dikurniakan cahaya mata, teruskan berdoa dan usaha… Ada sebab kenapa Allah masih belum kurniakan cahayamata. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya,” coretnya

Terdahulu, Jasmin telah mendirikan rumah tangga dengan Ian Rashid Macquistan namun berpisah pada 4 Februari 2008.

Hasil daripada perkahwinan itu, Jasmin seorang anak iaitu Ian Haziq, 18.

Jasmin juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Rohana dan Luqman Hakim.

Foto: Instagram @jasminhamidjh via gempak

Sebelum itu

“Empat Jam Saya bertarung Nyawa Bersalin Secara Normal” – Jasmin Hamid Kongsi Pengalaman Bersalin

Pelakon Jasmin Hamid berkongsi pengalaman bersalin anak lelakinya, Haziq Macquistan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Jasmin menjelaskan dia berjaya bersalin secara normal selepas empat jam bertarung nyawa di dalam bilik bersalin.

“Masyaallah. Saya terima kiriman gambar dari peminat saya. Terima kasih. Saya sendiri tak ada gambar ni. Masa saya bersalinkan Big Boss tahun 2001.

“4 jam uols saya bertarung nyawa bersalin secara normal. Lahir berat Big Boss cuma 2.9kg je tapi lepas tu, bagai kena pam badannya tapi sekarang ni dah menggalah pulak. Dah 6 kaki tingginya. Jangan tak muat pintu sudah.

“Syukur yang tak terhingga sebab selamat melahirkan dan saya di kelilingi oleh keluarga tercinta dan sahabat pertama yang datang ziarah saya ialah Seniwati @lisbon05.

“Pengorbanan seorang ibu disaat melahirkan. Semoga anak-anak akan ingat dan berbakti kepada ibu yang melahirkan mereka.

“Saat ibu melahirkan ni ada macam-macam dugaan tapi ada juga yang senang, tapi ada juga yang sampai tumpah darah dan meninggal selepas melahirkan. Uols pulak berapa jam dalam labor room? Hebat Bukan?,” tulisnya.

Menerusi ruang komen, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka bersalin dan mendoakan kesihatan Jasmin.

Sumber:gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *