Ozlynn Kongsi Saat Terakhir Jumpa Baby Harraz..Al-Fatihah

Pagi tadi kita dikejutkan dengan berita sedih pemergian anak sulung kepada pelawak dan DJ radio Chot XOXO, adik Muhammad Sher Harraz Hazmeer. Anak pelawak kumpulan XOXO ini menderita penyakit injap jantung terbalik.

Pelawak Johan dan isteri, Ozlynn turut bersimpati atas pemergian anak sulung rakannya itu. Selain itu, mereka juga berkongsi saat-saat terakhir ketika melawat anak Chot XOXO sebelum meninggal dunia, pagi tadi.

Doktor suruh standby,anytime je

Ya Allah, hebat betul ujian yang kau berikan pada pasangan ni.. sejujurnya hati ni memberontak nak sangat bertemu baby Harraz.. sehari demi sehari, alhamdulillah.. Allah permudahkan semalam.. tapi bila kaki melangkah masuk ke nicu hospital besar Melaka.. ibu Harraz sedang meriba baby harraz tapi air mata laju jatuh.. perkataan pertama yang dengar.. “doctor suruh standby.. anytime je” Allahu, luruh jantung aku sebagai seorang ibu.. hati rasa berat seolah tak boleh bernafas seketika.. baby Harraz lahir pada 13 June dan baby Moleiq pada 17 June.. mereka sebaya..

Sepanjang berpantang, bayi tiada disisi

Ibu Harraz cakap.. “kak lepas lahirkan dia saya tak dapat pegang dia langsung.. semalam baru dapat.. saya tak boleh stay dengan baby..” aku terus terfikir.. ya Allah, sepanjang berpantang ibu seorang2 baby takde di sisi.. sakit… ye sakit… kita nih kadang baby bangun tersedar pon kita macam berat sangat nak bangun.. bila dengar cerita Chot dengan isteri semalam.. macam-macam aku fikir.. sampai la dapat mesej pagi tadi..

Dia menanti kamu di syurga

Salam, abang dan akak.. baby Harraz dah meninggal.. tak sangka akak dengan abang orang last dia jumpa.. betul semalam baby Harraz memang nampk lemah dah.. tapi dia bukak mata bila aku cakap, Harraz mama datang nih.. 2 kali dia bukak mata besar tengok papa Jo and mama Lynn dia.. papa Jo cakap Harraz kalau nak “tido” tido la sayang.. Dan hari nih…. takziah @chotxoxo dan isteri.. dia menanti kamu di syurga.. 

Sumber: jozlynnhanania

Kredit:ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *