Pesta Ar@k 2018 Di Bandaraya Kuala Lumpur Dapat Lampu Hijau

Pesta Octoberfest dibenarkan, tetapi mana-mana penganjur pesta yang melanggar peraturan atau mengganggu ketenteraman awam akan diberi amaran keras oleh DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Penganjur pesta juga dilarang serta tidak dibenarkan menaikkan sebarang poster, ‘bunting’ atau mempamerkan sebarang bentuk promosi di luar premis atau di luar lokasi penganjuran, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Pihak DBKL tidak meluluskan sebarang permit yang membolehkan penganjuran itu diadakan secara terbuka di lokasi awam, katanya.

“Selagi ia dianjurkan di dalam premis, pengunjung tidak keluar dalam keadaan mabuk sehingga mengganggu orang awam, dibenarkan.

Pengunjung ke pesta yang dianjurkan itu harus mengawal tingkah laku ketika pesta berlangsung dan selagi ianya didalam premis, pengunjung tidak keluar dalam keadaan mabuk sehingga mengganggu orang awam, dibenarkan.

“Tetapi kalau (pasang) sebarang bentuk promosi di tempat awam seperti banner dan poster, pihak DBKL akan turunkan serta-merta,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Komuniti Strata Wilayah Persekutuan KL 2018, di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau mengulas penganjuran OktoberFest 2018 secara besar-besaran di pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, dengan pengisian festival makanan, hiburan, muzik dan arak, yang dijangka bermula hari ini.

Nor Hisham berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan salah guna promosi ketika penganjuran.

Ketika ditanya adakah DBKL meluluskan permit penganjuran terbuka acara tahunan itu, Nor Hisham mendakwa tidak menerima sebarang permohonan.

Tahun lalu, penganjur membawa 250 jenama arak berbeza dari 43 syarikat pengusaha arak (breweries) untuk memenuhi cita rasa pengunjung.

Penyertaan adalah dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Australia, England, Scotland, Belgium, Jerman, Denmark, Norway, Jepun, Thailand dan Vietnam.

Sementara itu, pihak PPIM mengesa supaya pesta seumpama itu dihalang dari berlangsung di Malaysia seperti kenyataan dibawah:

1. Program pesta arak Oktoberfest 2018 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara tidak sesuai diadakan walaupun ia hanya untuk orang bukan Islam. Pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berpandangan bahawa ianya tidak bertepatan dengan kehendak moral dan majoriti masyarakat di negara ini.

2. Pihak PPIM berpendapat walau pun

pihak Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad memberi lampu hijau penganjuran pesta itu jika penganjur membuat permohonan bagi mendapatkan permit dan mematuhi semua garis panduan ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang antara garis panduan yang perlu dipatuhi penganjur ialah orang Islam tidak dibenarkan terlibat dan tidak dijalankan di tempat terbuka.

3. Namun demikian,memandangkan kedudukan serta kesucian Islam sebagai agama rasmi negara,jelas memberikan tamparan dalam sensitiviti umat Islam seharusnya dipelihara dan dihormati oleh semua pihak.

4. Selain itu juga,pihak PPIM memohon jasa baik pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Dato Dr Mujahid Yusof Rawa untuk menimbang isu ini bagi dibincang secara bersama dengan Menteri Wilayah Persekutuan,YB Khalid Samad.

5. Seperti mana yang umum ketahui bahawa Oktoberfest 2018 yang berasal dari Jerman dikatakan akan diadakan di Mid Valley, Kuala Lumpur, dengan pengisian festival makanan, hiburan, muzik dan arak. Malah pada 2017 , penganjur membawa 250 jenama arak berbeza dari 43 syarikat pengusaha arak (breweries) untuk memenuhi citarasa pengunjung yang telah menarik penyertaan dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Australia, England, Scotland, Belgium, Germany, Denmark, Norway, Japan, Thailand dan Vietnam.

6. Pada masa yang sama,PPIM menyeru orang ramai agar menyatakan bantahan awam agar acara berkenaan dapat dibatalkan.

Sekian,terima kasih.

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)

Pesta Arak Oktoberfest 2018 Boleh Diteruskan Dengan Syarat – Datuk Bandar KL

Pesta Arak Oktoberfest 2018 Boleh Diteruskan Dengan Syarat – Datuk Bandar KL

Posted by ~ Jom Solat Berjemaah di Masjid atau Surau yang Terdekat ~ on Thursday, 11 October 2018

Sumber:kemenyan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *