ARWAH NIZEN AYOB PERNAH DISIHIR, KELUAR PAKU DAN RANGKA GIGI DARI BADAN

 

Sebelum meninggal dunia pagi ini, bekas pelakon drama bersiri popular Gerak Khas, Nizen Ayob mendakwa dirinya telah disihir oleh pihak yang dikatakannya tidak bertanggungjawab.

Beberapa bulan lalu, Nizen ada memuat naik satu gambar di laman Instagramnya. Gambar itu jelas menunjukkan rangka gigi dan paku yang sudah karat.

Menurutnya, objek tersebut dijumpai di dalam kepalanya.

Peserta program realiti Pilih Kasih 3 ini ada berubat secara tradisional dengan seorang pengamal perubatan dan dia agak terkejut apabila dimaklumkan terdapat rangka gigi dan paku karat dalam kepalanya.

“Pakcik itu mengurut-urut dahi saya dengan tangannya secara perlahan-lahan menggunakan sejenis minyak sehingga terhasil kesan seperti sedang menjalani pembedahan kecil lalu dia mengeluarkan rangka gigi manusia dan paku karat.

“Memang terkejut walaupun terasa sakit semasa dia melakukan ‘pembedahan’ berkenaan terutama apabila dua objek itu mahu dikeluarkan. Malah kesan luka masih kelihatan sehingga hari ini,” katanya.

Dia juga tidak tahu apa puncanya sehinggakan ada pihak yang kurang menyenanginya. Walaupun begitu, dia sedar dia juga hanyalah manusia biasa yang melakukan kesilapan dan mendoakan pengirim ilmu hitam itu bertaubat.

Semoga Allah menempatkan roh Nizen bersama-sama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Wowberita

 

Sayu! Video Selfie Terakhir Nizen Ayob Seakan-akan Tahu Ajalnya

 

Takziah buat ahli keluarga pelakon Nizen Ayob. Arwah telah menghembus nafas terakhir pada hari ini (6 Ogos 2018) pada pukul 11.55 pagi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Mungkin ramai daripada kita tidak mengenali nama Nizen Ayob. Nama sebenar beliau, Saiful Nizen Ayob merupakan seorang pelakon yang memulakan kerjaya lakonan pada 2008 dan merupakan salah seorang bekas peserta rancangan realiti TV, Pilih Kasih musim ketiga.

Difahamkan arwah lahir dan membesar di Johor dan mempunyai pertalian darah dengan pelakon veteran terkenal, Allahyarham S. Roomai Noor dan isteri, Allahyarhamah Umi Kalthum.

Sejak akhir-akhir ini arwah jarang memuatnaik gambar di media sosial. Namun sebuah video yang dimuatnaik pada April lalu mungkin video terakhir dia bersama keluarga. Paling sebak bila lihat reaksi wajah arwah memandang muka ahli keluarga terutama ibunya.

makan beramai ramai… ilovemy family

A post shared by Nizen Ayob (@nizenayob) on

Jika dilihat gelagatnya dalam video tersebut, seakan-akan arwah sudah menduga kematian dirinya kerana arwah terlihat sempat bermanja-manja dengan ibunya di sebuah restoran bersama ahli keluarga yang lain. Terlihat matanya berkaca-kaca seolah-olah dia sedang menahan kesedihan.

Walaubagaimanapun, hanya Allah yang mengetahui segalanya. Semoga arwah Nizen dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber:hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *