“Spesis anak h*ram isap r0kok…” – Geng Lelaki Kura ng Ajar Mer0kok Dalam Stadium, Melen’ting Kena Tegur

Isu larangan merokok dalam stadium bukanlah perkara baru dekat Malaysia ni. Tapi, walaupun dah diberitahu masih ramai lagi manusia tak tahu malu dan selamba juga merokok dekat tempat crowded macam tu.

Sebelum ni pun dah ada kes viral pasal netizen merokok dalam stadium, ingatkan ada lah yang buat pengajaran. Tapi, terbaru masih ada sekumpulan lelaki yang tebal muka selamba merokok dekat tempat awam macam tu.

Semalam, seorang pengguna Twitter ada share pengalaman dia duduk dekat belakang sekumpulan lelaki yang merokok dalam stadium.

“Inilah Melayu kurang ajar yang merosakkan pengalaman saya di stadium. Orang duduk dalam stadium 3-4 jam tu sedut asap diorang sekali.”

Katanya, dia dah pun tegur geng tu tapi lelaki pakai topi merah berani pulak ‘sound’ dia balik macam perbuatan dorang tu tak bersalah pula. Ek eleh!

“Bro, asap la.”

Kali ketiga, dia tegur dengan nada suara yang kuat sikit beritahu geng tu jangan pentingkan diri sebab asap rokok kena pada orang sekeliling. Bila kali keempat kena tegur, geng tu melenting!

“Kali keempat, dia melenting cakap perlawanan pun tak mula lagi (separuh masa kedua). Tak ke bodoh. Nak merokok, keluar. Bukan tak merokok masa perlawanan je.”

Lepas habis perlawanan, difahamkan geng yang tak hormat penyokong lain di sekeliling tu cuba nak hembus asap dekat dia tapi tak kena.

“Nampak tak tahap kampung tak bertamadun diorang ni? Kalau rasa tak boleh hidup tanpa rokok sangat, duduk rumah. Sebab taknak keluar sangat merokok dekat luar, menyusahkan orang.”

Walaupun dia datang dengan 2 kawan yang merokok, tapi katanya mereka masih beradab dan keluar dari kawasan tempat duduk tu setiap kali nak merokok.

Semua pun dah tahu, stadium memang tempat tak boleh merokok, dah tertulis siap!

“Tak reti baca gamaknya. Bukan nak minta maaf. Dah salah, ego nak marah orang pulak.”

Tapi, salah seorang daripada geng tu difahamkan tegur juga kawan dia at lastuntuk berhenti merokok dekat situ dan minta bertenang.

Ramai yang baca tweet ni bengang dengan sikap geng takde adab tu. Bukan apa, sebabnya ada kanak-kanak juga dan pengacara pun dah bagi warning sebelum perlawanan mula. Tapi still tak faham bahasa! Rupanya, ada yang duduk sebaris dan nampak yang dia cuba tegur geng tu untuk berhenti merokok.

Sumber: Twitter

“Spesis anak haram hisap rokok macam ni la patut kena humban ke bawah.”

Sumber: Twitter

Korang semua kalau tengok bola dekat stadium tu, janganlah selfish sangat. Tahan sikit, bila masa rehat keluar kejap and smoke. Tempat crowded macam tu, mana boleh smoke. Orang lain pun sama ada risiko mati sebab bau asap rokok korang. Ingat tau!

Tengok perangai geng lelaki tak tahu malu tu dekat bawah ni:

Sumber:lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *