“Banyak Kali Ditiipu..” – Penyesalan Yassin Ketika Popular Bersama Senario

BEKAS anggota Senario, Yassin Yahya mendedahkan dia tidak pernah membuat simpanan wang sepanjang 20 tahun bersama kumpulan lawak yang pernah popular itu.

Menurut Yassin, 41, wang yang diperolehi sepanjang bergelar pelawak itu kebanyakannya dihabiskan buat belanja diri dan keluarga.

“Sejujurnya sepanjang dengan Senario, saya tidak pernah mengumpul duit.

“Saya akui ketika itu saya hampir terlupa dan tak pernah terfikir untuk buat lebih banyak duit sama ada melalui pelaburan atau perniagaan.

“Saya sedar sudah banyak mensia-siakan masa selama ini. Sekarang adalah masa terbaik untuk saya fokus buat duit,” katanya kepada mStar.

Yassin bersama anggota kumpulan Senario.

Dalam pada itu, pelawak berusia 40 tahun ini berkata, dia nekad untuk membina kehidupan yang lebih baik dan bangkit dari episod gelap melalui perniagaan yang dijalankannya sejak tiga tahun lalu.

“Sekarang ini saya ada melibatkan diri dengan perniagaan iaitu pokok halau nyamuk. Kalau ada rezeki saya nak buat kempen dan bekerjasama dengan kerajaan.

“Pada awalnya tak plan pun nak berniaga tapi apabila fikir balik, ini adalah usaha terbaik saya untuk bangkit semula walaupun masa awal-awal berniaga saya pernah jatuh dan banyak kali ditiipu,” katanya.

Sumber : Mstar

Leave a Reply