“Baru Nak Masuk 7 Bulan Dah 70 Kg, Kalau 9 Bulan?” – Izreen Azminda

Pelakon, Izreen Azminda berkongsi perkembangan terbaru mengenai kehamilannya.

Menerusi akaun Instagramnya, Izreen memuat naik foto yang menampakkan perubahan bentuk badannya.

Menurut Izreen, berat badannya kini telah mencecah 70 kg selepas kandungannya mencecah usia 7 bulan.

“Tembun jenih tak buleh bawak bincang dah ni… Baru nak masuk 7 bulan dah 70kg… Kalau 9 bulan? 90kg paaaa…” tulisnya bergurau.

Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.

Sebelum Ini bekas madu pelakon Izreen Azminda, Intan Liana Saleh mengucapkan tahniah kepada aktres terbabit yang kini sedang hamil.

Ucapan itu disampaikan Intan melalui jawapan kepada pengguna melalui Instastory sebentar tadi.

“Alhamdulillah… Tahniah ex madu. Insya-Allah bonda pun berhak bahagia. Gitu. On the way lah ni ke jalan bahagia,” tulis Intan.

Pada tengah hari Jumaat, Izreen mengumumkan dia sedang meniti hari untuk menimang cahaya mata sulung bersama suaminya, Ude.

Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.

Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.

Menerusi perkahwinan pertama, pelakon itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar, 5.

Manakala, Ude pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.

Hasil perkahwinan Ude dan Intan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 4 dan Ariq Murqi, 2 tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Instagram @izreen.azminda via Gempak

 Via: mediaohsem

Leave a Reply