Dikatakan Bercinta Dengan Sufian Suhaimi, Ini Respon Penyampai Berita Hawa Rizwana

SUFIAN SUHAIMI BERCINTA DENGAN PEMBACA BERITA TV3?

Patah tumbuh hilang berganti!

Mungkin itu yang berlaku terhadap Sufian Suhaimi apabila didakwa sudah menemui pengganti iaitu seorang pembaca berita TV dikenali sebagai Hawa Rizwana.

Namun bila diajukan soalan itu, Hawa Rizwana menafikan dakwaan tersebut dengan menjelaskan mereka hanya berkawan baik sahaja. Katanya dia mengenali Sufian sejak dia menyambung pengajian di UiTM lagi.

“Ketika itu Sufian di bawah kendalian ayah (Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman) yang juga pensyarah di UiTM. Sufian sering datang ke rumah di Subang Jaya dan sejak itu kami berkawan.

“Saya tiada ‘feeling’ (perasaan) untuk percintaan dan kami juga tidak ke arah itu. Saya mahu katakan bukan pengganti Elfira Loy,” katanya dipetik sebagai berkata.

Tambah Hawa, hingga kini dia juga berkawan dengan Elfira Loy.

Artikel berkaitan:

Wajah Persis Neelofa, Kejayaan HAWA RIZWANA Cetus Inspirasi Golongan Millennial!

Sekali imbas wajah Penyampai Berita TV ini seiras selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Nor. Meskipun dikurniakan rupa paras cantik namun jika tidak disusuli dengan usaha gigih dan semangat kental untuk memajukan diri, sudah pasti apa yang diidamkan tidak akan menjadi nyata. Baru berusia 23 tahun, pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan ini berjaya melakar kejayaan dalam kelas tersendiri.

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Kewartawanan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hawa memulakan karier dalam bidang penyiaran sebagai pelatih industri di sebuah stesen televisyen swasta. Menyedari potensi yang ada pada wanita muda ini, Hawa seterusnya diterima menjadi wartawan penyiaran dan pembaca berita TV.

 

 

Rupa-rupanya darah dan bakat yang dimiliki Hawa diwarisi daripada bapa tersayang, Prof Datuk Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman yang pernah menjadi pengacara program RTM sekitar tahun 1990an.

Selain komited dengan kerjaya impian hari ini, dek kerana populariti Hawa di media sosial.. dia juga sering dijemput menjadi panel bagi program berbentuk motivasi dan juga ilmiah. Walau penglibatannya dalam industri penyiaran masih ‘hijau’, namun rezeki Hawa kian melimpah ruah apabila dia dilamar menjadi Duta jenama muslimah, Umma. Untung empunya badan!

 

 

Malah, nama Hawa semakin dikenali ramai sejak kemunculannya sebagai wajah terbaru Buletin Utama TV3 semalam. Seperti kebiasaan, wajahnya sekali lagi dikaitkan dengan rupa paras menawan Neelofa dan pastinya Hawa sudah lali dengan situasi tersebut.

Dilahirkan di Illinois, Amerika Syarikat … Hawa memiliki darah kacukan Arab, Siam dan Acheh. Patutlah cantik! Sebagai Instafamous dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di media sosial, kejayaan yang diraih Hawa sudah tentu menjadi pemangkin semangat khususnya buat generasi muda untuk menggapai impian seperti dirinya.

 

Kredit: Instagram Hawa Rizwana

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Metro via catatanterakhir & nona

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *