“Berdosa kalau bukan pian” – Gambar Mesra Lelaki Mirip Sufian Suhaimi ‘Tidur’ Bersama Seorang Wanita Tersebar?

Baru semalam, ramai yang mengaku tersentuh dengan persembahan lagu Di Matamu oleh Sufian Suhaimi kerana begitu terkesan dengan kisah cinta tak menjadinya bersama Elfira Loy.

Namun petang ni, admin dikejutkan dengan sebuah perkongsian di Twitteryang menunjukkan aksi mesra lelaki mirip Sufian ‘tidur’ bersama seorang gadis.

 

“Tak sia-sialah mendapat kemenangan persembahan terbaik walaupun hakikatnya uols sejenis playboy?” 

Menurut tweet tersebut, Sufian didakwa sebagai seorang playboy dan sebenarnya Elfiralah mangsa dalam kisah percintaan mereka bukannya Sufian. Yang paling mengejutkan, siap ada gambar Sufian tidur lagi dengan seorang perempuan yang tak dikenali.

Sumber: Twitter

 

Mungkin mamat guard ni?

Walau bagaimanapun, kali ni nampaknya netizen tak mudah percaya gosip dengan begitu saja. Ramai yang berpendapat lelaki dalam gambar tu bukan Sufian tetapi guard yang ada wajah serupa dengan Sufian. Korang ingat lagi tak dia ni?

Sumber: Twitter
Sumber: Instagram
Sumber: Twitter

 

“Hidung pun tak sama”

Malah ramai yang komen mengatakan hidung lelaki di gambar tu tak serupa pun macam hidung Sufian. Lain sangat bezanya kan?

Sumber: Twitter

Apa-apapun sehingga setakat ini, Sufian mahupun orang yang viralkan gambar ini tak bagi apa-apa kenyataan pun tentang gambar tersebut. Jadi kita anggap jelah ia pelanduk dua serupa yang rupanya memang seakan-akan Sufian.

Phew! Banyak betul cerita pasal Sufian eh?

Sumber;lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *