Berjam-jam tunggu, peminat menangis dapat jumpa Remy Ishak buat ramai cemburu

Nama aktor Remy Ishak kembali menjadi sebutan netizen setelah membuat kemunculan menerusi drama Pujaan Hati Kanda yang bergandingan bersama aktres Mira Filzah di slot Akasia, TV3.

Walaupun drama arahan Eoon Shuhaini itu sedang rancak ditayangkan di Malaysia, namun peminat drama di negara jiran juga tidak melepaskan peluang untuk menonton dan mengikuti perkembangan karier seni pelakon berusia 36 tahun tersebut.

Baru-baru ini, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak meluahkan perasaan terharu apabila seorang peminat cilik tiba-tiba menangis apabila dapat bertemu dengannya di depan mata dalam sebuah acara di Singapura pada hujung minggu lalu.

“Terharu kanda tengok peminat kecil kanda ni menangis2 jumpa kanda.. Semoga adik berjaya dalam hidup & diberkati Allah SWT. Amin ya rabb!”

Menerusi rakaman video berdurasi kurang satu minit yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, kanak cilik tersebut mula menangis teresak-esak dan tidak melepaskan peluang untuk berswafoto setelah lima jam menunggu bagi bertemu dengannya yang mesra dipanggil sebagai ‘Kanda’.

Video

Berbaloi tunggu berjam-jam!

Bagi peminat setia Remy yang lain pula, rata-rata berasa seakan cemburu apabila kanak cilik berkenaan dikatakan amat beruntung apabila dapat berjumpa dengan pelakon kesayangan ramai tersebut.

Seronok la jadi budak tu!

Namun tidak kurang ada juga yang berkata sekiranya dapat bertemu dengan pelakon berkulit hitam manis itu, dalam nada bergurau mereka juga mungkin akan turut menangis terharu.

Kalau jumpa, nak kena nangis juga ni…

Sumber:ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *