Bersuamikan lelaki bernfsu tinggi isteri dalam dilema setelah suami masih mencuba dengan budak bawah umur

Foto sekadar hiasan. Menerusi laman IIUMC , confessor bernama Haina meluahkan tentang kisah suaminya yang brnfsu tinggi. Ikuti luahan Haina dibawah.

Dengan nama Allah, yang sebaik baik perancang dan penentu dalam kehidupan buat hamba hambanya.

Dilema aku sebagai isteri kepada suami yang tinggi nfsu syahwatnya. Dari awal sebelum pernikahan kami, dia telah merosakkan beberapa gadis. Seorang yang panas baran, namun kerana kekhilafan, aku tetap memilihnya sebagai suami.

Kami berpisah namun bertemu juga. Solat istikharah namun bersatu juga. Apakah yang cuba Allah sampaikan kepadaku? Adakah untuk aku sedar bahawa betapa banyaknya d0saku ini? Berd0sakah aku pada orang tuaku? Berd0sakah aku pada manusia lain? Dan berd0sakah aku pada Dia?

Awal pernikahan, semuanya ku ingat indah belaka. Melihat perubahan dia ingin jadi lebih baik. Namun ianya sementara. Suamiku masih mencuba nasib dengan kekasih ziinanya yang lama. Hancurnya hati aku sebagai isteri. Di kala anak pertama masih menyusu…

Aku sedarkan dia dengan artikal artikal dan kata kata dari ustaz. Tidak kurang dan lebih aku selalu mendoakan agar Allah tutupkan pintu hatinya untuk melihat dan melakukan 0nani. Namun doaku masih belum terkabul.

Allah itu hebat dalam perancangannya. Belum sempat mereka melakukan apa apa, segalanya terbongkar. Aku dapat tahu melalui emak kepada budak itu. Penafian keras sememangnya suamiku beri.

Namun aku redha. Kami hampir bercerrai. Bercerrai demi anak anak perempuan ku. Aku risaukan pepatah ‘haruan makan anak’ terjadi pada anak anak ku. Sesungguhnya aku terlalu sayangkan anak anak ku.

Segala keputusan yang diambil adalah selepas perbincangan dengan ayahku yang berada jauh daripada pandanganku di kampung. Ayah meminta aku memberikan peluang kerana beranggapan itu adalah satu kesilapan dan ujian. Kesilapan dan ujian yang besar untuk aku terima. Ziina itu bukan kecil. Kesannya sangat besar. Kerana aku sedang merasai fasa itu.

Aku memaafkan suami namun tidak pernah sekalipun melupakan. Membaca semua perbualan suamiku dengan budak hingusan itu membuatkan aku mengalirkan airmata. Betapa lemahnya dia dengan g0daan syaaitan. Syaaitan yang tidak pernah sedetik pun berhenti dalam g0daan dan kesesatan.

Sehingga kini rupanya suamiku masih mencuba nasib dan masih cuba menghubungi budak itu yang kini setahun selepas kejadian. Hebatnya nfsu yang bertunjangkan syaaitan. Tidak pernah mengalah dan beralah. Dari anak pertama sehingga sekarang aku dalam pantang anak ketiga. Nfsu syahwat tetap menjadi raja di hatinya.

Aku adukan sekali lagi perkara ini kepada ayahku. Ayahku mengeluh kesal. Tidak menyangka bahawa menantu yang baik pada matanya tidak mampu berfikir dan kalah dengan godaan syahwatnya sendiri. Ayahku juga memberi hipotesis bahawa suamiku mungkin tidak akan berubah sehingga ke hari tuanya.

Ayahku yang dulu memberiku semangat agar bertahan, kini mengajakku pulang ke sisinya. Hidup tenanglah bersama anak anak daripada menderita bersama suami yang tidak tahu erti sebenar rumah yang bertangga.

Segala permulaan, pasti ada penamatnya. Dan aku berharap agar keputusan yang bakal aku ambil ini baik untuk aku dan baik juga untuk anak anak ku. InshaaAllah… Salam…

– Haina (Bukan nama sebenar) via iiumc

Perkongsian dari Haina ini ternyata mendapat reaksi dari pembaca. Jom lihat apa kata mereka.

Linda Sharip – Sedihnya baca.. Puan, keluarlah dari situasi ni..Sangat menakutkan.. Tambahan pula, puan ada anak2 prempuan.

Sebelum terlambat, baik puan bertindak. Takut menyesal tak sudah.InsyaAllah, semoga Allah sentiasa memelihara puan dan anak2.

Siti NorAin –Sis kumpul bukti drp hp suami yg dia ada tulis ingin melakukan ziina dgn org lain. Snng nak fight kat mahkamah nanti. Sayangi diri n ank2. Berpisah jln yg terbaik. Dlm masa yg sama doa moga suami sis berubah satu hari nnti. Moga sis dipermudhkn urusan.

Nredya Edya –Org yg bernfsu luarbiasa ni mgkin dia ada kecelaruan identiti.. Ada hormon yg menggalakkan dia begitu. Ssh nk berubah sbb mmg dh sebati dgn dirinya..

Puan sebaiknya, mohon khidmat kaunseling keluarga, dan buat lah kptsn terbaik demi puan dan anak2.. Jangan tunggu ada penyakit datang.. Buatlah sesuatu puan..

Eyna Eyna – Hurmm. maaf cakap. puan mmg tersalah pilih suami sejak awal lagi. kita takkan mampu nk ubah dia kalau dia sendiri mmg xnk berubah..

Saya cadangkan puan baliklah pd keluarga yg setia menanti.. Cari kebahagiaan sendiri bersama anak2 yg kian membesar. semoga puan tabah menghadapi ujian hidup…

Kebanyakkan komen dari netizen rata-ratanya terkejut dengan apa yang dilalui oleh Haina. Apa pula kata anda?

Sumber:edisimaya

Leave a Reply