“Bertahun-Tahun Aku Hidup Masak Air Dari Air Paip” – Azhan Rani Luah Perasaan

Pelakon Azhan Rani meluahkan rasa geram apabila wajahnya telah disalahgunakan untuk penjualan penapis air.

Menurut Azhan sudah bertahun dia hanya memasak air menggunakan air paip.

“Tolong siapa-siapa yang rasa co*** tu company dia jaga la adab anak-anak buah korang yang nak berniaga ini.

“Jual ajelah mesin korang tu tapi jangan kaitkan dengan aku yang takde kena mengena ini.

“Bertahun-tahun aku hidup masak air dari air paip..Mesin korang pun tak jamin pun hidup aku boleh tambah lagi 50 tahun.

“Ye aku geram. Setiap hari aku dapat posting macam ni majoriti agent co***..

“Tolong mana satu boss korang pergi nasihatkan cara baik anak-anak buah korang ni..

“Bukan aje gambar aku tapi siapa-siapa yang tak berkenaan jangan korang kaitkan..Bukan aku tatau,” tulisnya.

Tambah pelakon drama Nur 2 ini menegaskan dia bukan seorang yang suka mengambil tindakan mahk4mah untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Aku bukan jenis suka turun naik mahk4mah pun buat kerja-kerja s4man menyaman ni.

“Tapi jangan paksa aku jadi macam tu..Bertahun-tahun korang berniaga selama ni pun tak letak gambar aku pun rasanya takkan lingkup pun business korang tanpa muka buruk aku tu.

“Tolonglah kita sama-sama lah cari rezeki halal dan berkat,” tulisnya lagi.

Sumber: Instagram Azhan Rani via Gempak

 

Artikel berkaitan

Bersepah lagi perangai macam #syedhamadi – Azhan Rani sindir siapa tu?

Nampaknya walaupun kita sudah memasuki bulan mulia Ramadan, masih ada yang berani mengambil kesempatan menggunakan nama dan muka artis tempatan.

Terbaharu, Azhan Rani yang popular dengan watak Ustaz Hamadi menjadi mangsa apabila ada pihak yang menggunakan mukanya untuk melariskan produk perniagaan.

Menerusi entri yang dimuatnaik pelakon Nur itu dalam laman Instagram miliknya, Azhan memberitahu perihal individu yang berani mempromosikan produk menggunakan wajahnya tanpa kebenaran.

“Buat la drama #nur sampai 10 musim pun, bersepah lagi yang perangai #syedhamadi ni. Ni satu lagi dalam bulan Ramadan ni siap ada nombor telefon lagi.

“Nak berniaga buat la cara halal dan berkat…pung pang pung pang kita bercakap keburukan #syedhamadi, kenapa kita tak boleh buktikan kita bukanlah daripada golongan Syed Hamadi.

“Allahuakbar…saya tak ada kena mengena dengan produk ni. Gambar ini digunakan untuk tujuan perniagaan tanpa kebenaran saya terlebih dahulu,” tulis Azhan.

Antara komen yang mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab individu tersebut.

Malah menerusi komen-komen yang ditinggalkan netizen, ramai yang mengecam perbuatan individu tersebut yang menggunakan cara yang salah untuk menjual barang. – MHE TV

Leave a Reply