Bijak! 11 selebriti yang pernah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 telah diumumkan hari ini (14 Mac) dan sudah pasti pelbagai gelagat dapat dilihat tidak kira daripada pelajar mahu pun ibu bapa.

Paling dinantikan setiap tahun sudah pasti keputusan SPM para selebriti atau anak mereka. Jadi, kami senaraikan 11 selebriti dan anak selebriti yang pernah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

#1. Neelofa

Neelofa merupakan salah seorang pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi. Memperoleh keputusan 10A pada peperiksaan SPM tahun 2006, Neelofa antara selebriti contoh yang mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan tersebut.

#2. Mira Filzah

Mira Filzah merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur. Bukan calang-calang pelajar, pelakon drama bersiri 3 Gadis Manis itu pernah memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam SPM pada 2010.

#3. Ezlisa Loy

Ezlisa Loy merupakan penuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein On (2).
Adik kepada pelakon Elfira Loy itu memperoleh A dalam pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Agama Islam dan Sejarah manakala B dalam mata pelajaran Biologi dan Kimia.

#4. Soo Wincci

Soo Wincci juga antara selebriti Malaysia yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Penyanyi itu memperoleh keputusan 7A, 2B dalam peperiksaan SPM ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama.

#5. Janna Nick

Nurul Janna Muner atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan salah seorang artis yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Kedah itu memperoleh 6A dalam peperiksaan tersebut.

#6. Najwa Latif

Najwa Latif merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Johor telah memperoleh 4A dalam peperiksaan SPM 2012. Penyanyi Cinta Muka Buku itu mendapat A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Matematik serta lulus dalam enam mata pelajaran lain.

#7. Ayu Nazirah

Ayu Nazirah merupakan salah seorang anak selebriti iaitu Ajai dan Nurul yang pernah memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM. Dia memperoleh keputusan 9A dari sekolah Berasrama Penuh Tun Fatimah (STF), Johor.

#8. Ammar Effendy

Ammar Effendy merupakan anak kepada pelakon jelita Rozita Che Wan dan telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM iaitu sebanyak 9A. Pelajar Kolej Yayasan Saad, Melaka itu kemudiannya melanjutkan pengajian dalam bidang Pengurusan dan Perniagaan di kampus Universiti Nottingham, Semenyih.

#9. Hana Farisha

Farisha merupakan anak hasil perkahwinan aktor Fauzi Nawawi bersama bekas isteri sebelum mendirikan rumah tangga dengan aktres Lisdawati.  Dia memperoleh 10A dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sik, Kedah.

 

#10. Nur Erysha

Nur Erysha merupakan anak kepada aktres Noniswara yang berjaya memperoleh 9A dari Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin, KL. Erysha sentiasa berusaha keras untuk mendapat keputusan cemerlang demi merealisasikan impiannya menjadi akauntan.

 

#11. Wany Kayrie

Gadis manis berusia 17 tahun ini mula menyerlah setelah menjuarai pertandingan nyanyian kanak-kanak terbitan Astro, Kamilah Bintang tujuh tahun lalu. Memperoleh 7A tahun 2017 dari Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya,  pengalaman lalu banyak mengajar dan mematangkan dirinya dalam dunia nyanyian.

Sumber:ohmedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *