“Bila kena halau mulalah main isu bangsa, agama” – Ramai Penyewa Kantoi Sewakan Rumah PPR Di Mudah.my, Langgar Perjanjian PPRT

Semalam, isu flat PPR Taman Manggis di Georgetown telah menjadi antara isu hangat yang dibincangkan netizen apabila penghuni daripada 22 unit di PPR tersebut telah diarahkan keluar oleh pihak berkuasa.

Isu ni memang kecoh sebab ada yang cakap kerajaan negeri tak bertolak ansur langsung dengan penghuni di situ memandangkan ada di antara mereka yang tak ada tempat tinggal, warga OKU dan memiliki 8 orang anak.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Tapi pendedahan daripada seorang netizen di Facebook ni agak membuka mata jugalah tentang realiti ‘sebenar’ penyewa rumah PPR. Ini apa yang dibongkarkannya… 

 

“Orang bagi rumah PPR, dia pergi sublet. Sewa atas sewa.” 

Menerusi perkongsian individu ini, dakwanya ramai di antara penyewa atau pemilik rumah PPR ni sebenarnya telah melanggar undang-undang PPRT tu sendiri.Kebanyakannya telah mengamalkan konsep sewa atas sewa sehingga perkara ini melucutkan hak dan rayuan mereka untuk terus tinggal di rumah PPR tersebut ditolak.

“Orang bagi rumah PPR, dia pegi sublet. Sewa atas sewa. Itu sendiri dah melanggar undang2 pprt. Sejak bertahun2 dulu dah bende nih ada.

“Bile kene halau, mainkan isu bangsa dan agama, senang betul hidup.

“Tak payah percaya cakap aku, pegi mudah.my pastuh check sendiri, saksikan dengan mata hati dan butir mata korang sendiri. Sekarang!, sementara post camni belum viral. ( Sebab kalau dah viral, sah2 kalut diorang delete!, takut kantoi!)

“Sengaja aku screenshot dan buh sini.

“Ini baru page 1 dari dari berapa page.”

Sumber: Facebook

 

“Ada jugak yang duduk PPRT tapi punya rumah sewa 2-3 bijik kat tempat lain” 

Rata-rata netizen di posting tersebut juga mengecam tindakan penyewa sebegini dan beranggapan ia tidak adil untuk mereka yang benar-benar memerlukan rumah.

Sumber: Facebook

 

“Ini melibatkan keluarga yang berbeza. Jangan pukul rata!” 

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang berpendapat isu ini tidak boleh dikaitkan dengan isu PPR Taman Manggis kerana situasi mereka berbeza. Tak seperti yang digambarkan di atas.

Sumber: Facebook

Apa-apapun admin harap penyewa yang menjalankan kegiatan haram ni hentikanlah daripada terus berbuat demikian. Kalau mampu, berikanlah rumah tersebut kepada mereka yang tak berkemampuan. Diharapkan jugak kes PPR Taman Manggis selesai dengan cara yang baik. Setiap masalah ada solusinya. 

Sumber:lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *