Buka tudung sejak Julai tahun lepas, semua atas kehendak sendiri – Mafarikha

Di sebalik kekecohan Emma Maembong dengan isu kontroversi baru-baru ini, netizen mula beralih kepada seorang lagi penyanyi yang agak tenggelam namanya dalam radar seni hiburan iaitu MafarikhaAkhir, yang kini dilihat sudah membuka tudung.

Mafarikha atau Mafa, 27, sebelum ini pernah bergelar naib juara program realiti Vokal BukanSekadar Rupa, tampil mengejutkan ramai pihak apabila berkongsi foto-fotonya yang tidak lagi berhijab.

Lebih membuatkan peminat tertanya-tanya apabila Mafa mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di beberapa keping foto yang dimuat naik dalam keadaan dirinya tidak berhijab.

“Tidak mengapa jika saya bukan lagi perempuan kegemaran kamu. Sekalipun jika pernah, terima kasih dan jika masih, terima kasih juga. Cinta dan kasih sayang tak boleh dipaksa,” tulisnya menerusi salah satu kapsyen dalam laman Instagram miliknya. 

Mafa yang mula berhijab pada awal 2015 kemudian meneruskan karier nyanyiannya dengan beberapa buah single namun gagal menempa nama dalam industri muzik tempatan.

Sehinggalah penyertaan dalam Asia’s Got Talentmusim kedua (AGT2) pada 2017, berjaya mengembalikan semula ingatan peminat terhadap bakat dan namanya. 

Selain menyanyi, Mafa juga aktif sebagai jurusolek dan penyertaannya dalam Asia’s Got Talent pada 2017 berjaya membuka mata ramai pihak.

Mafarikha , antara peserta dari Malaysia yang memasuki Asia Got Talent , menerima tepukan gemuruh hingga juri berdiri selepas dia selesai menyanyi… power lah!

Posted by GEGAR on Wednesday, 1 November 2017

Persembahan Mafa sewaktu mendendangkan lagu Hero nyanyian asal Mariah Carey, berjaya mendapat standing ovation daripada penonton dan tiga juri tetap iaitu David FosterAnggun dan Jay Park. 

Walau bagaimanapun, hanya Mafa sahaja yang tahu mengapa dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab. Bagi pihak luar, doakan sahaja yang baik-baik. – MHE TV 

Update

Buka tudung sejak Julai tahun lepas, semua atas kehendak sendiri – Mafarikha

Ketika dihubungi MHE TV, Mafarikha atau mesra disapa Mafa yang juga bekas naib juara program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama pada 2011, mengaku kini sudah tidak lagi berhijab

“Bila lihat diri sendiri di hadapan cermin dalam imej bertudung, ada sesuatu yang mengganggu fikiran saya terutama dari segi penampilan dan cara berpakaian. Ia seperti tidak kena dengan personaliti saya.

“Sebenarnya sejak Julai tahun lepas lagi saya sudah membuka tudung. Keputusan ini juga bukan atas paksaan sesiapa tetapi datang daripada kata hati saya sendiri.

Mungkin orang mula perasan yang saya tidak lagi berhijab apabila kebelakangan ini saya mula memuat naik gambar-gambar terbaharu dan berkongsi video lagu cover dalam laman sosial Instagram,” jelasnya kepada MHE TV.

Akui Mafa lagi, keluarga dan rakan-rakan terdekatnya sudah lama maklum akan hal ini dan mereka menerima keputusannya untuk membuka tudung dengan hati terbuka.

Malah ujarnya, dia tidak boleh menutup mulut orang untuk bercakap mengenainya, tambahan lagi pada zaman sekarang semua orang boleh menghukum sesuka hati.

“Saya mengaku memang akan buang komen atau sekat individu yang meninggalkan komen-komen melampau dalam laman sosial saya kerana mereka tulis apa sahaja yang mereka mahu tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.

“Itu cara terbaik yang saya boleh lakukan bagi mengelakkan netizen berbalah sesama sendiri dalam Instagram saya,” jelas Mafa yang mula berhijab pada 2015.- MHE TV

Sumber:mhetv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *