“Buruk bodoh muka kau” – ‘Gurau Kasar’ Kutuk Hodoh Kawan Sendiri Sampai Wanita Ini Hilang Keyakinan

Nak bergurau biarlah kena pada tempat, sekali sekala tu boleh lah terima tapi kalau selalu dah selalu sangat memang agak melampau. Sebagai manusia biasa, sudah semestinya kesabaran ada batasnya.

Kasihan juga bila baca tweet daripada Shahidah Alias ini, selalu kena ‘bahan’ dengan rakan sekerja. Tak cukup di pejabat, di dalam Insta Story pula dipersendakannya kerana rupa banyak jerawat sampai hilang keyakinannya.

Bukanlah nak mengaibkan, cuma bila dah keterlaluan pasti gurauan itu menjadi satu perkara serius jika dilakukan berulang kali.

“Buruk bodoh muka kau”

 

“Mental juga dapat member macam ni. Nasib baik aku bukan jenis yang cepat koyak”

Sumber : Twitter

“So this is my current skin. Actually mental jgk dapat member mcm ni. Nasib baik aku bukan jenis yg cepat koyak.

More photos of my current skin. Actually lagi teruk cuma kat gambar ni kurang jelas due to lighting effects”

Tanpa segan silu wanita ini tak kisah untuk tunjukkan mukanya yang dipenuhi dengan jerawat akibat alahan memandang kan dah tawa hati dengan gurauan kasar rakan sekerjanya.

Berdasarkan pemerhatian mesej dalam gambar di atas, boleh dikatakan setiap kali gambarnya dipos di Instagram Strory pasti akan dapat respon yang berbaur hinaan, biarpun ianya sekadar gurauan.

 

“Tak sampai hati nak reveal sebab dia kawan I..Tapi kali ini rasa gurau dia melampau sangat”

Ada netizen yang mahu identiti rakannya didedahkan, namun dia ni masih lagi memikirkan persahabatan, jadi buat keputusan untuk tidak mendedahkannya. Manakan tidak, kalau dah selalu sangat jadi macam tu. Kalau admin pun boleh sentap tau.

 

“Hide dari ig story..Nak block pun tetap tak tenang sebab hari-hari jumpa kat tempat kerja.”

 

Keyakinan hilang bila asyik jadi bahan lawak

Semua orang kesabaran ada batasnya, jadi berpada-pada lah kalau nak berguraupun lebih-lebih lagi dalam bab fizikal, rata-rata netizen memberikan kata semangat kepada wanita ini. Agak-agak kalau korang selalu kena macam ni apa korang buat?

Kalau admin give and take, dia boleh terima gurau, admin pun kena terima gurau dia. 

Sumber:lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *