‘Dari 2012-2017 Tak Pernah Berhenti Beranak’ – Ibu ‘Hot’ Ini Bersyukur Dikurniakan 5 Anak Seawal Usia 25 Tahun. Jangan Stress Bila.”Termengandung”..

Siapa sangka seawal usia 25 tahun wanita ini mepunyai 5 orang anak yang comel. Dugaan untuk membesarkan anak ternyata mencabar dirinya. Namun ibu cantik ini bersyukur kerana dikurniakan anak yang menceriakan hidup serta dapat menikmati kehidupan sebagai seorang ibu.

Menerusi FacebookNieyssa Hashimberkata anak merupakan rezeki kiriman Allah dan percaya bahawa terdapat hikmahnya. Jangan mengeluh apabila menguruskan anak kerana kebahagiaan ini tidak dapat dijual beli apabila dikelilingi anak-anak apabila meningkat tua.

Dari 2012-2017 tak pernah berhenti beranak

 

Mommy of 5 little kids.

Jadi ibu kepada ramai anak pada umur 25 tahun, dari 2012-2017 tak pernah berhenti beranak, selama 5 tahun hanya fikir tentang anak dan diri sendiri sahaja. Tak berkawan dengan orang. Hakikatnya bukannya mudah. Semua tak pernah tahu, tak pernah mengerti akan penatnya diri ini.

Tapi Allah sebaik-baik perancang. Setiap kelahiran seorang anak pasti datang rezeki besar tanpa diduga. Tanpa berkurang sedikitpun nikmat dariNya.

Sebab tu bila orang tanya tak penat ka anak ramai, penat tu memang penat. Stress marah mengamuk tu perkara biasa. Menangis waktu pagi bila kelima-lima anak nak pergi sekolah itu dah perkara wajib dah. Sebab itu suami kena jadi no 1 supporter isteri.

Allah sebaik-baik pemberi

Tapi lama-lama saya enjoy saya suka saya bersyukur anak ramai sebab rasa nikmatnya hidup ini bila anak ramai. Sebab tu bila orang nak beranak ramai saya sokong.

Masa untuk diri sendiri sangat terhad. Segala-galanya hanya fikir tentang anak. Tapi bila anak sedang membesar kita dah punyai waktu yang cukup untuk diri sendiri. Kesusahan waktu dorang kecil hanya 5 tahun sahaja. Sekarang dah punyai waktu untuk diri sendiri, kerja dan sebagainya.

So bila orang yang Ter-mengandung sila jangan stress. Hanya fikir anak dalam perut kita bukan kita yang buat, Allah yang wujudkan. DIA sebaik-baik pemberi. Percayalah hikmah dan kebahagiaan tak dapat dijual beli dikelilingi anak-anak apabila kita meningkat tua.

Komen:

“Alhamdulillah rezeki awak dpt zuriat byk, berkemampuan. Sronok tgk. Mmg betul nnt anak dh besa rs sunyi. Tp.. Tk semestinya anak sorg dua tu tak bahagia. Ade org tk boleh beranak byk atas faktor kesihatan. Ade org atas faktor kewangan. Ade org atas faktor keluarga dan sebagainya.”

“Alhamdulillah rezeki dia. Suami yang memahami , kewangan yang mencukupi , lengkap semua kelengkapan . Semoga terus dilimpahi rezeki”

Sumber: Nieyssa Hashim

kredit: ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *