Datuk Aliff ini dikelilingi ‘Pengampu’,” – Baby Shima

“Saya hanya ingin komen secara jujur saja. Sememangnya saya rasa tak gembira apabila mendengar lagu dia. Bagi saya, lagu dan muzik sudah bagus tetapi macam ada yang tidak kena. Kalau dilihat orang industri pun tak pernah nak tegur kelemahan Datuk Aliff, yang ada pun puji tapi belakang mengata.

“Mungkin di sekitar Datuk Aliff ini dikelilingi ‘pengampu’ yang suka membodek saja,” demikian kata penyanyi Baby Shima bagi menjawab komen yang ditinggalkannya yang seakan mengkritik vokal Datuk Seri Aliff Syukri sehingga membuatkan usahawan kosmetik itu mempersoalkan semula kredibiliti suara Shima.

Menurut Shima, 27, dia sekadar memberi pandangan secara jujur kerana beranggapan Aliff dikelilingi ‘pengampu’ yang hanya tahu memuji tetapi mengutuk di belakang. Menerusi komen di Instagram tersebut, Shima memberitahu dia menyukai lagu duet terbaharu Aliff bersama penyanyi Indonesia, Upiak berjudul ‘Cowok Baru’ namun berasakan vokal pengasas produk D’Herbs Terlajak Laris itu tidak sesuai dengan lagu tersebut.

Biarpun Aliff mempertikaikan semula vokal Shima namun rata-rata netizen lebih memihak kepada penyanyi yang kini bertapak di Indonesia itu. Kebanyakan netizen bersetuju mengatakan sekurang-kurangnya suara Shima itu lebih bagus berbanding Aliff.

Dalam pada itu, bekas peserta program realiti ‘Big Stage’ musim pertama ini memberitahu seseorang perlu memberi penilaian yang jujur supaya Aliff dapat memperbaiki kelemahan dan menjadi lebih baik. Bagaimanapun, Shima tidak kisah sekiranya penyanyi lagu ‘Abang Nak Tegur’ itu tidak dapat menerima tegurannya.

“Kena ada orang yang jujur nilai karya dia. Jadi, saya pun cuma nak bagi pernilaian saja dan bukan saya kutuk pun. Baca semula ayat saya tu, tidak ada kutuk pun. Sebenarnya selama ini juga saya tak pernah komen di Instagram Aliff.

“Cuma kali ini saya kena komen sebab sayang lagu-lagu dia semua bagus tambahan pula dia buat di Indonesia dan lagu dangdut pula tu. Tapi tak apa la kalau dia tak dapat terima pendapat saya. Bagi saya, orang nak berkawan, kita berkawan tapi kalau orang nak bermusuh, kita buat bodoh saja,” ujarnya.

Sumber: mstar&ig

Leave a Reply