Disindir Netizen Selepas Kegugurannya, Ini Jawapan Padu Fasha Sandha

Pelakon Fasha Sandha berkata perkongsiannya mengenai tip kehamilan adalah sekadar untuk berkongsi ilmu dengan peminat.

Menurut Fasha, 35, dia hanya menjawab persoalan peminat di Instagram dan tidak serik untuk terus berusaha hamil meskipun mengalami keguguran pada Isnin lalu.

“Saya bagi tips kerana orang bertanya… saya tidak serik untuk terus berusaha untuk hamil, semua ini kerja Allah.

“Terima kasih diatas panggilan apa pun untuk saya. Semoga awak sihat selalu,” katanya.

 

Fasha menjawab komen seorang pengikut di akaun Instagram @mstaronlineofficial pada Isnin.

Dalam komen yang ditinggalkan itu, netizen tersebut mengkritik tindakan Fasha berkongsi tip kehamilan sehingga terlupa tip supaya tidak mudah gugur.

“Tulah sibuk nak bagi tip cepat hamil sampai lupa tip untuk diri sendiri supaya tak cepat gugur. Kalau tu pun tak serik lagi tak tahu lah,” tulis netizen berkenaan.

Setelah hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aidil Aziz, Fasha mengumumkan dirinya sudah hamil pada 21 Mei lalu.

Fasha berkata dia menerima banyak permintaan yang mahu dia berkongsi tip untuk mudah hamil.

Kata pelakon filem Badang ini, rezeki itu datang berkat berdoa kepada Allah dan percaya kepada keajaiban doa itu.

Bagaimanapun, rezeki zuriat tidak kesampaian apabila Fasha mengalami keguguran pada usia kandungannya hampir enam minggu.

Fasha berharap semua peminta mendoakan agar dia dan suami kuat melalui dugaan tersebut dan akan terus berdoa serta berusaha untuk dikurniakan cahaya mata di masa hadapan.

“Kepada semua pengikut saya, terima kasih atas semua doa baik terhadap kandungan saya. Doakan kami supaya kuat melalui ujian ini,” katanya.

Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 30 Mac lalu.

Sebelum ini Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.

Fasha Sandha Keguguran Ketika Kandungan Berusia Enam Minggu

Pelakon Fasha Sandha berkongsi berita sedih apabila dia mengalami keguguran pada usia kandungannya hampir enam minggu.

Fasha berharap semua peminta mendoakan agar dia dan suami kuat melalui dugaan tersebut dan akan terus berdoa serta berusaha untuk dikurniakan cahaya mata di masa hadapan.

“Kepada semua pengikut saya, terima kasih atas semua doa baik terhadap kandungan saya.

 

“Saya sangat bersedih ingin memberitahu yang saya mengalami keguguran. Doakan kami supaya kuat melalui ujian ini .

“@itaidilaziz kita teruskan berdoa dan berusaha, semoga kita ada rezeki lagi di masa akan datang. Insya-Allah kita akan lebih kuat,” kata Fasha.

Fasha mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Instagramnya pada Isnin.

Sebelum ini, Fasha memberi kejutan buat Aidil apabila mengumumkan dia sedang hamil tiga minggu pada 21 Mei lalu.

Dalam pada itu, Fasha turut memohon maaf kepada suami dan anak-anaknya, Putra Rayfal serta Putri Raysha Jemyma.

Menurut Fasha, doktor ada menasihatinya sebelum cuti menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk banyakkan berehat dan tidak melakukan aktiviti lasak namun dia mengakui tidak mendengar pesanan tersebut.

“Ibu minta maaf suamiku tercinta, Rayfal dan Jemyma sayang. Sebelum cuti beraya, doktor dah pesan untuk banyakkan rehat, jangan terlalu lasak-lasak.

“Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni. Ibu naik turun keretapi, kapal terbang, jalan laju-laju buat kerja.

“Sampai terlupa ada baby kecil dalam perut ibu, ibu terlalu aktif sampai lupa kandungan awal dalam perut ibu perlukan ibu banyak berehat. Ibu tahu ibu bukan yang terbaik,” ujarnya.

Fasha juga berterima kasih kepada Allah kerana menumpangkan anak syurga kepadanya walaupun hanya untuk seketika.

Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 30 Mac lalu.

Sebelum ini Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: mstar dan ig via asiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *