“dugaan Allah sebab apa yang saya suka, Allah ambil ” – Erra Fazira luah perasaan bila terpisah dengan anak

 

Selain berkongsi mengenai perjalanan seninya sehingga ke hari ini, Erra Fazira secara eksklusif turut bercerita mengenai fasa sukar bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya pada awal perceraiannya bersama Engku Emran, lebih tiga tahun lalu.

Menerusi program Di Balik Idola, bintang terkenal itu meluahkan cerita yang terbuku di hati.

“Alhamdulillah dengan jejaka E saya dianugerahkan Allah anugerah terindah, iaitu anakanda saya Engku Aleesya.

“Pertama kali dia berada di dalam dakapan saya, pertama kali mata bertentang mata mengalir air mataku. Tapi perkahwinan saya sekali lagi kecundang,” katanya seperti yang dipetik.

Sementara itu, pelakon filem Maria Mariana ini juga turut memberitahu, perkara yang paling sedih pada ketika itu ialah apabila terpaksa berpisah seketika dengan anak tersayang.

“Paling sedih bila terpisah dengan anak. Rasanya ini dugaan Allah sebab apa yang saya suka, Allah ambil. Bukan sesuatu yang sangat mudah untuk saya terima berpisah dengan anak

“Orang tak tahu..kenapa dia ni berpisah, dia tak ambil anak. Ada kisah di sebaliknya. Tidak ada ibu yang berpisah dengan anak, berkongsi. Biarlah…orang kata kita berkorban untuk kebahagiaan anak bersama bapanya,” kongsi Erra dalam linangan air mata.

“Saya tak boleh dengar, sangat sensitif bila orang bercerai kemudian bergaduh rebutkan anak. Saya sensitif sebab saya dah lalui ketika kecil, saya dipisahkan dari bapa. Jadi bila berlaku pada saya, saya berazam tidak mahu lalukan itu pada anak saya.

“Anak saya wajib terima kasih sayang daripada kedua-duanya. Walaupun salah seorang akan sakit. Jadi dalam hal ini saya sakit tidak mengapa, asalkan anak saya bahagia.

“Alhamdulillah sehingga ke hari ini, anak saya bahagia dan matang dari usianya dalam menerima keadaan ini,” katanya lagi,

Pada masa sama, Erra turut mengakui dia lebih rela untuk melihat kebahagiaan anak dengan menerima kasih sayang daripada semua pihak.

“Saya dapat bersama anak dalam seminggu tu dua hari. Sehingga ke hari ini bila terpisah dengan anak saya menangis. Ia bukan suatu yang mudah. Tetapi demi kebahagiaanmu anak, mom korbankan. Biar dia terima kasih sayang yang secukupnya.

“Saya yakin Allah itu adil. Saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya tapi baik di masa hadapan,” jelas Erra panjang lebar.

Vide0

Di Balik Idola 2019- Erra Fazira Berkongsi Sepanjang Sejarah Hidup Yg Ia Lalui Dr Kanak2 Smp Menjadi Artis,& Bergelar Tunang Kepd Awie Lalu Putus Tunang.Dan Bertemu Jodoh Yg Singkat Bersma Yusri Dan Berhenti Di Tgh Jln.. Akhir Nye Cerai.. Dan Allah Membuka Pintu Hati Erra Semula Tuk Jatuh Cinta Kesekian Kali Nye Iaitu Brsma Engku Emran Dan Mereka Di Kurniakan Satu Cahaya Mata Yg Bernama Aleeysah.. . Tk Lama Kemuddian Hubungan Sbg Pasangan Isteri Kandas Di Tgh Jln Berakhir Dgn Pencerain Sekali Lagi.. Begitu Byk Cabaran Yg Di Harungi Sesiapa Yg Melihat Vedio Ne Di Jamin Menitis Air Mata 😭😭Lebih2 nye Mereka Yg Punya Pressman Sejarah Hidup.. Dgn Ini Kita Kena Sll Bersyukur Krn Di Luar Sana Masih Ramai Lagi Yg Diuji Dgn Lebih Hebat Sejarah Hidup Yg Mereka Lalui.. Dgn Ini Sy Mengucapkan Alhamdulillah Allah Ya Syakur..

Posted by Nilma Naby on Wednesday, 27 March 2019

“Dengan Rasa Rendah Diri, Saya Mohon Ampun & Maaf Diatas segala salah dan silap butir bicara atau perbuatan saya selama ini..” – Erra Fazira

Terdahulu, Pelakon dan penyanyi Erra Fazira tampil memohon maaf kepada semua diatas kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Erra turut memaafkan mana-mana pihak yang pernah menguriskan dan melakukan kesalahan terhadap dirinya.

“Dengan rasa rendah diri, saya mohon ampun dan maaf diatas segala salah dan silap butir bicara atau perbuatan saya selama ini.

“Saya mohon ampunkan segala kesalahan saya dan saya juga lepaskan segala dosa andai ada yang terkait dengan saya samada sedar mahupun tidak.

“Moga ibadah kali ini lebih diberkati, lebih baik dan segala amalan akan meningkatkan lagi iman dan ketakwaan kita kepada yang SATU! Amin.

“Selamat menjalani ibadah puasa buat seluruh saudara seislam diseluruh dunia,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji tindakan yang dilakukan oleh Erra dan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat Erra.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber: Instagram errafazira via gempak

sumber : media hiburan

Via jiwangmedia&nalurikini

Leave a Reply