EKSKLUSIF: Syafie Naswip Dan Aishah Azman Bakal Bertunang April Ini

Tiga tahun mengenali hati budi, akhirnya Syafie Naswip memulakan fasa seterusnya dalam percintaan mereka dengan meminang Aishah Azman.

Tidak ada gossip panas mahupun cerita buruk, percintaan mereka berdua sememangnya mendapat restu kedua-dua belah keluarga.

“Sejak setahun yang lalu kami semakin rapat apabila berlakon bersama dalam drama rantaian Waliuddin 2 Ringgit,” kata Syafie mengingat kembali.

“Yang penting, keluarga merestui hubungan kami. Itu yang penting.

“Kami merancang untuk mengikat tali pertunangan pada bulan April ini, tapi tarikhnya biarlah saya simpan dulu,” kata Syafie eksklusif kepada Gempak.

Menurut Syafie lagi, apabila semuanya sudah diatur dengan baik, dia akan mengumumkan tarikh pertunangannya nanti.

Ditanya lama mana tempoh pertunangan dan bila pula mereka bakal bernikah, Syafie tersenyum.

“Biarlah satu-satu dahulu, tapi tempoh pertunangan saya rasa tidaklah terlalu lama,” kata Syafie seolah memberi gambaran tentang perjalanan mereka ke jenjang pelamin.

“Saya tak akan merahsiakan perkara yang baik kerana kami ke arah ‘membina masjid’,” ungkap Syafie.

Syafie berharap peminat-peminat akan mendoakan kebahagiaan beliau dan Aishah.

Sumber:astrogempak

“Cair Terus, Kena Kumpul Duit Kahwin Cepat” – Reaksi Syafie Naswip Bila Kekasih Sarung Busana Pengantin

Usikan pelakon Polis Evo 2, Syafie Naswip terhadap kekasihnya aktres, Aishah Azman yang menyarung busana pengantin mendapat perhatian peminat.

Syafie meninggal komen ‘nakal’ itu menerusi foto terbaru yang dimuat naik Aishah menerusi akaun Instagramnya semalam.

Foto itu merakamkan Aishah yang kelihatan begitu cantik menggayakan busana pengantin berona putih rekaan Zamrimatouch.

“Oh my… Cair terus… Kena kumpul duit kahwin cepat ni,” usiknya.

Komen Syafie itu kemudiannya dibalas Aishah dengan menggunakan emoji love.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen yang sama peminat mula menyatakan rasa tidak sabar dan berharap pelakon lelaki itu segera melamar teman wanitanya.

“@syafienaswip semoga urusan kamu berdua dipermudahkan. Aamiin,” komen @_neejaaaaa

“@syafienaswip omg Aameen semoga dipercepatkan,” tulis @cikkusyaaa31

“@syafienaswip Cepat sikit! Jgn smpi aku sailang,” coret @benfauzee

Terdahulu, hubungan mesra Syafie dan Aishah menjadi perhatian netizen apabila pasangan itu kerap memuat gambar bersama di laman instagram masing-masing.

Foto: Instagram @aishahazman8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *