ENGGAN PEGANG ARAK YANG DIBELI, PEKERJA 7E TERUK DIMAKI PELANGGAN.

Video keenganan seorang perkerja kaunter di sebuah kedai serbaneka di Johor Bahru untuk memegang air minuman keras dibeli seorang pelanggan viral hari ini.

Dalam video berkenaan seorang lelaki yang membeli minuman itu bertindak merakam kejadian itu dan berasa pelik mengapa perkerja itu tidak mahu pegang dan mengimbas minuman itu.

Seorang lagi perkerja memaklumkan rakannya dalam keadaan berwuduk jadi dia tidak mahu air sembahyangnya terbatal.

Walaubagaimanapun, insiden berkenaan tersebut berakhir apabila wanita itu memohon maaf atas kesulitan yang dialami pelanggan berkenaan.

Apa yang ditekankan ialah tindakan beberapa kakitangan yang bekerja di 7-Eleven yang enggan menyentuh dan mengimbas bekas minuman beralkohol.

Sambil itu, seorang bukan Islam turut mengutuk tindakan pelanggan ini dengan menyifatkan mereka tidak sensitif tentang isu agama.

“Saya telah bercampur dengan sahabat-sahabat Muslim yang cukup (beberapa daripadanya saudara) untuk memahami bahawa ini adalah di luar batas ajaran Islam. Inilah sebabnya mengapa sesetengah orang menghina agama. Sudah tentu, saya tidak akan membenarkan Islam dihina. Ini adalah tindakan pengikut yang membawa agama (apa sahaja yang anda percayai) untuk menghormati atau menghina.”

Berikut adalah pandangan Mufti wilayah dalam hal seperti itu hukum berkerja di kedai menjual barangan yang haram di sisi agama islam

Justeru kami berpandangan dalam isu bekerja di kedai 7-Eleven, Speed Mart atau di kedai-kedai lain yang seumpama dengannya dalam penjualan arak:

1 Jika pendapatan yang mereka perolehi ialah daripada hasil jualan barang-barang yang halal dan haram, maka hukumnya adalah tidak haram mengambilnya tetapi makruh.

2 Jika pekerja itu terlibat dengan jual beli arak itu contohnya di kaunter, maka hukum perbuatan itu adalah haram sekalipun dengan martabat yang lebih rendah daripada meminumnya. Syeikh Mulla Ali al-Qari dalam al-Mirqah Sharh al-Misykah dalam menghuraikan hadis riba: “Mereka sama dari sudut mendapat dosa tetapi berbeza daripada segi tingkatannya.”

3 Sebaiknya berusaha dengan sebaik mungkin untuk memisahkan kaunter barangan yang halal dan barangan yang haram, atau mengikut pekerja, dan ini adalah tanggungjawab majikan yang perihatin terhadap kebajikan agama para pekerja Muslim.

Kami juga mencadangkan agar carilah pekerjaan yang tiada sebarang syubhah kerana ia bersifat lebih aman dan tenang jiwa. Benarlah sabda Nabi SAW:

فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang memelihara dirinya daripada sebarang syubah maka sebenarnya dia telah menyelamatkan agama dan maruahnya.

Hadis riwayat Bukhari (52) dan Muslim (20)

Petikan Video oleh UAI

Justeru, dengan mencari-cari sumber yang halal dan menjarakkan diri daripada sebarang keraguan, maka sudah tentukan ia menatijahkan lagi kebaikan dan keberkatan dalam hidup.

Wallahua’lam.

7eleven

Posted by Video saja on Saturday, 6 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *