[FOTO] Gara-Gara Fed Up Jalan Berlubang, Penduduk Kampung Ini ‘Protes’ Dengan Cara Kreatif

Februari tahun lepas, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah mempunyai cara kreatif dengan ‘berdoa’ di depan jalan berlubang di kawasannya. Tidak sampai 12 jam gambar berkenaan dimuatnaik, jalan berkenaan ditampal.

Tidak tahan berhadapan masalah hampir serupa, sekumpulan netizen turut mengambil cara serupa dengan bergambar dalam lumpur lopak jalan berlubang di kawasan mereka.

Posing dalam lumpur pun boleh

 

Menerusi ruangan komen pos daripada pengguna Facebook Wahyu Aditya, foto-foto berkenaan dirakam di jalan daerah Batumarta, Ogan Komering Ulu yang terletak di Sumatera Selatan.

Beberapa gelagat lucu antaranya seorang gadis ligat berposing sambil berkubang di dalam air lumpur, sekumpulan remaja memancing dan drama sebabak ‘pasangan suami isteri’.

Drama tepian lopak

Kok kenapa berantem sih?

Memancing pun boleh

Sumber: Wahyu Aditya

Sumber:ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *