Foto Mesra BCL & Reza Rahadian Dikecam Netizen. Ini Respon Ashraf Sinclair!

Bintang popular di Indonesia Bunga Citra Lestari atau nama singkatnya BCL dan Reza Rahadian kembali dipadankan semula dalam sebuah filem. Menjelang hari pelancarannya, BCL berkongsi fotonya bersama Reza untuk mempromosikan filem tersebut.

BCL dan Reza dilihat mengenakan Tshirt warna merah muda bertuliskan judul filem yang mereka bintangi. Dalam muatnaiknya itu, BCL terlihat merangkul erat bahu Reza dengan kening mereka saling bersentuhan antara satu sama lain.

Foto “mesra” BCL dan Reza tersebut telah mengundang kritikan. BCL rupanya dianggap tak menghormati perasaan suaminya, Ashraf Sinclair meskipun kemesraan isterinya dengan Reza hanya sebatas untuk peranan sebuah filem.

“Kasihan suaminya, biarpun artis tak seharusnya berpelukan seperti ini,” komen akaun @rina01.s***.

“Aduh bagaimana perasaan suami BCL @ashrafsincliar,” tulis akaun @pembangkaa***.

“Kak unge.. suaminya tak cemburu ya?” sahut akaun @raradiy***.

Sebaliknya Suami Tunjuk Sokongan

Namun, sangkaan netizen nampaknya terbalik dengan yang dirasakan Ashraf. Dalam muatnaik Instagramnya, Ashraf justru turut berkongsi foto “mesra” BCL dan Reza sebagai salah satu sokongan untuk projek terbaru isterinya.

Sikap sporting Ashraf ini tentu ramai memberikan pujian. Netizen lantas mendoakan agar rumah tangga BCL dan Ashraf terus kekal dan berbahagia seperti sekarang.

BACA Altimet Tampil Dalam Konsert Terakhir Pada Februari 2019
“Suami isteri, saling menyokong satu sama lain,” balas akaun @rezaline***.

“U r such sporting husband,” komen akaun @shoosh***.

“Semoga mama dan papa noah selalu bahagia dan semoga selalu dalam lindungan Allah Swt yah Amin,” tulis akaun @putriimu***.

 

Sumber: Hangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *