Gadis Ini Berdepan Kem@tian, Peliknya Saat Dia Menyebut Allahuakbar 3 Kali, Ular Tedung Selar Terus Tunduk & Berlalu Pergi

Seorang wanita cantik terselamat dari maut sekali pun ajal  sudah menanti dihadapannya.

Saat berhadapan detik cemas itu, dia hanya menyebut Allahakbar (Allah Maha Besar) sebanyak tiga kali secara perlahan-lahan sambil matanya memandang ke arah ular tedung selar berkenaan.

Ajaibnya, ular  berbisa sepanjang 3 meter yang ketika itu sudah mengembangkan kepala dalam keadaan “berdiri” tegak,  seakan faham bahawa kita semua adalah makhluk ciptaan Allah.

Ular tedung selar ini sudah bersedia mematuk namun saat terdengar Allahuakbar, binatang berbiasa boleh membawa maut ini terus berlalu pergi

Terbukti kalimah Allahuakbar ini bukan saja mampu memberikan semangat tetapi mampu menundukkan binatang bisa yang juga makhluk Allah.

Buat sesiapa yang berhadapan dengan detik cemas, jangan sesekali panik. Ingatlah Allah. Perkataan Allah Maha Besar ini ternyata memiliki keajaibannya

Berkongsi detik cemas dilalui baru-baru ini, kongsi  Roshaliza Abdul Razak ketika itu dia sedang leka membaca majalah Mingguan Wanita di ruang dapur rumahnya selepas selesai solat  Zuhur dan dalam keadaan berwuduk lagi  di Kampung Ekor Lubok, Sidam Kiri, Sungai Petani.

Sebaik mengangkat kepalanya, dia terperanjat kerana ular tedung selar sudah tegak dihadapan tubuhnya. Ketika itu dia hanya terfikirkan mati sebelum lidahnya basah menyebut kalimah Allahuakbar dengan perlahan.

Sebaik selesai menyebutnya, ular  yang mampu membunuh manusia dalam tempoh beberapa minit ini terus menyusur ke bawah almari di rumahnya.

Bacaan di Wikipedia menyatakan, dalam rahang ular ini tersimpan kira-kira 7 ml bisa. Dengan sekali semburan dan patukan,  bisa ular ini mampu membunuh seekor gajah dan 20-30 orang manusia. Gerunkan.

Liza menunjukkan lokasi di mana ular itu menyusur pergi. Kucing inilah hero menunggu ular itu sehingga kedatangan pihak bomba

Lebih ajaib, sebaik ular itu menyusur, bagaikan faham nyawa tuannya masih belum selamat, kucing peliharaan yang dipanggil Meow seakan faham “bahasa’ apabila Roshaliza memberi arahan untuk menunggu di tempat ular tedung selar bersembunyi sebelum pihak Bomba Dan Penyelamat dipanggil untuk menangkap ular berkenaan.

Roshaliza yang berketurunan Daeng Perani (kisah lima bersaudara bangsawan Bugis yang terlibat dalam agama dan politik di Kedah pada zaman dahulu berkata, kucingnya setia menunggu di tepi almari dalam keadaan jarak tiga kaki sahaja dari ular berkenaan sehinggalah pihak Bomba datang menghulurkan pertolongan.

“Bagi saya, ini satu pengalaman menakutkan. Saya sendiri tak sangka yang Meow “faham bahasa” untuk menunggu di hadapan almari berkenaan lebih 45 minit sebelum pihak Bomba datang lalu menangkap ular ini.

Memberikan sedikit petua andai berhadapan situasi cemas, kata Roshaliza atau disapa Liza, inilah diamalkannya.

Sebutlah perkataan Allahuakbar dengan perlahan. Janji sebutan nama Allah ini didengari oleh binatang buas atau berbisa.

 

Tarik nafas dalam-dalam selepas melihat ular pergi. Jangan panik. Jangan terus bergerak kerana ia mampu menarik kembali perhatian ular. Ular tak akan teragak-agak mematuk kalau terasa dirinya terancam.

 

Selepas ular menjauh, barulah ambil tindakan pantas dengan menghubungi pihak Bomba.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *