Gadis ini dipaksa tanggalkan tudung sebelum masuk ke pertadingan judo,akhirnya ini pilihan yang diambil oleh beliau.

Selepas Sukan Asia Jakarta, Palembang melabuhkan tirainya pada bulan lepas, kini bermula pula acara Sukan Asia Paralimpik yang diadakan di Jakarta.

Meskipun baru sahaja berlangsung semalam, acara sukan terbesar di Asia ini sudah pun terpalit dengan kontroversi setelah seorang atlet judo yang cacat penglihatan, Miftahul Jannah daripada Indonesia telah disingkirkan daripada pertandingan oleh pengadil kerana enggan membuka tudung ketika acara baru sahaja bermula.

Kisah tindakan berani atlet itu mengundang perbualan hebat daripada netizen di laman sosial, yang kagum dengan prinsip teguh atlet paralimpik itu yang tetap tidak menanggalkan tudungnya walaupun mengetahui tindakan itu akan menyebabkan dia disingkirkan daripada pertandingan, sekaligus menyebabkan dia terlepas peluang merebut pingat dalam acara itu.

Atlet paralimpik yang berusia 21 tahun itu berkata,

“Lebih banyak lega. Saya juga bangga karena sudah bisa melawan diri sendiri, melawan ego sendiri. Saya punya prinsip tak mahu dipandang terbaik di mata dunia, tapi di mata Allah.”

Menurut kenyataan daripada pengurus kontinjen Indonesia, beliau menjelaskan bahawa dalam peraturan antarabangsa judo, seorang atlet judo tidak dibenarkan memakai tudung ketika bertanding, kerana ada teknik ‘kunci’ dalam pertandingan judo yang membolehkan lawan mencekik leher atlet, dan ia akan membahayakan keselamatan atlet.

Di laman sosial, rata-ratanya netizen menyifatkan perkara itu sebagai jihad atlet tersebut dalam mempertahankan auratnya dan mereka memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral kepada Miftahul Jannah supaya tidak berputus asa dan meneruskan minatnya dalam sukan judo.

Sumber:ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *