Gambar panas dipercayai Emma Maembong, abang menteri tersebar

KUALA LUMPUR – Sekeping gambar mirip abang kepada seorang menteri Kabinet bersama wanita dipercayai selebriti popular tempatan berdua-duaan di dalam bilik telah tular.

Gambar eksklusif yang diterima Kosmo! Online itu memaparkan imej dipercayai abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah bergambar bersama seorang wanita.

 

Lebih mengejutkan, menurut sumber, wanita yang bersama Syed Abdullah adalah pelakon genit yang kini berhijab, Emma Maembong dirakamkan kira-kira seminggu yang lalu.

Sejak kebelakangan ini, Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 27, dilihat menjalinkan hubungan mesra dengan jejaka berusia 30 tahun itu.

 

Gambar pasangan tersebut berdua-duaan di dalam sebuah bilik yang dikirim pembaca Kosmo! Online.

 

Kedua-dua mereka juga pernah memuatnaik gambar bersama-sama dalam Instagram masing-masing berserta kapsyen sebagai rakan karib.

Pada 19 Januari lalu, Emma ada memuat naik gambar bersama Syed Abdullah ketika melancong di Dubai dengan ucapan selamat hari jadi.

Emma juga kelihatan dalam majlis sambutan hari lahir Syed Abdullah yang disambut bersama keluarga baru-baru ini.

Setakat ini, Kosmo! Online masih berusaha mendapatkan Emma untuk mengulas lanjut mengenai gambar panas berkenaan. – K! Online

Sumber : kosmo

Artikel berkaitan

Emma Maembong Bercinta Dengan Abang Syed Saddiq

Selepas berakhirnya hubungan cinta dengan Kamal Adli, kini Emma Maembong dikatakan sedang hangat menyulam kasih dengan seorang jajaka kacak, Syed Abdullah juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Menerusi Instagram, Emma telah berkongsi sekeping gambarnya bersama Syed ketika bercuti di Dubai, berserta dengan ucapan hari lahir buat jejaka itu. Dalam ucapan itu juga turut disertakan dengan bunga mawar.

Difahamkan Emma juga turut hadir bersama ahli keluarga Syed menyambut ulangtahun kelahirannya di Johor semalam. Malah gambar romantis Emma menyuap kek turut dimuat naik Syed di Instagramnya.

Menurut pemerhatian kami, hubungan ‘teman tapi mesra’ Emma dan Syed sudah berlangsung beberapa bulan lalu. Malah banyak gambar mereka bersama meluangkan masa dimuat naik oleh Syed.

Biarpun sehingga kini masih tiada jawapan dari kedua pihak namun ramai mengandaikan Emma sudah temui pengganti Kamal Adli. Jika benar apa salahnya, tak payah bercinta lama, terus kahwin saja.

 

Sumber: buzzkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *