Gara-Gara Komen Pedasnya Terhadap Sufian Suhaimi, Ini Yang Terjadi Kepada Akaun Adik Elfira Loy

Terasa ‘Panas Punggung’ Dengan Pelamin AJL33 Sufian Suhaimi, Ini Sindiran Pedas Adik Elfira Loy.

Disebalik kekecohan persembahan ‘mendalam’ Sufian Suhaimi di pentas AJL33 malam ini, adik kepada Elfira Loy, Ezlisa Loy berpendapat penyanyi itu tidak habis mempergunakan kakaknya untuk meraih populariti.

Kenyataan tersebut dimuat naik di laman Twitter selepas tular persembahan Sufian yang mempamerkan prop pelamin pernikahan bekas tunangnya itu dibelakang pentas ketika mempersembahkan lagu Di Matamu.

Menurut Ezlisa, Sufian merupakan seorang penyanyi yang baik tetapi masih mempergunakan nama kakaknya untuk meraih populariti dirinya sendiri. Dengan sinis, Ezlisa turut mendakwa sikap Sufian itu masih tak berubah hingga kini.

Selain itu, Elfira menerusi Twitter turut meninggalkan pesanan ‘maju jaya’ buat bekas tunangnya itu di pentas AJL33. Elfira juga dilihat sinis berpesan kepada Sufian agar deritanya habis dengan kemenangan yang dikecapi.

Image may contain: text

Mungkinkah adik beradik Loy ini menganggap Sufian menggunakan prop pernikahan yang berlangsung baru-baru ini sebagai sindiran buat mereka? Apapun tahniah diucapkan kepada Sufian yang menang dalam kategori Persembahan Terbaik.

Sumber: rotikaya

Terkini, Setelah mendapat pelbagai respond dan kecaman dari peminat Sufian Suhaimi, ini yang berlaku kepada akaun twitter adik elfira loy

Malam tadi mencetuskan kontrooversi di laman sosial, hari ini akhirnya adik elfira loy iaitu @ezlisaaaloy  telah mengambil keputusan untuk menetap privasi akaun Twitternya kepada umum.

Dia telah memuat naik status pada pukul 10.39mlm telah mengecam tindakan Sufian Suhaimi yang seakan-akan menumpang porpulariti kakaknya elfira loy.

Akibat tindakan itu, twitternya diserbu yang menggelarnay sebagai ‘perasan sendiri’

Keluarga Loy

Image result for famili loy

KITA sering melihat wajah mereka di ruang tamu rumah kita. Si kakak sulung bernama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, sementara dua orang adiknya, Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri serta Ahmad Ezzrin Loy Ahmad Sabri. Mereka hadir di depan kita dengan pelbagai karaktor diri, mencelah ke dunia seni seawal usia kanak-kanak lagi. Ketika majoriti rakan-rakan sebaya masih dibangku pengajian, ketiga-tiga bintang muda ini dilihat serius membina profesion.

Paduan tiga adik-beradik yang membentuk legasi Loy ini sememangnya telah diakui kehebatan mereka apabila berjaya menyemarakkan pentas seni tanah air. Mungkin ada yang berpendapat Elfira Loy, Ezlisa Loy dan Ezzrin Loy adalah antara pelakon remaja yang cukup bertuah.

Di sebalik kejayaan mereka sebenarnya terselit satu kisah yang telah membawa mereka ke satu fasa baru yang mereka sendiri juga tidak pernah duga. Anak anak muda ini dibesarkan oleh seorang ibu yang bergelar ibu tunggal semenjak lebih 16 tahun lalu.

Faktor perpisahan dalam keluarga tidak pernah menjadikan alasan untuk mereka merasa kecil hati, rendah diri dan kekurangan, sebaliknya menjadi dorongan amat besar untuk melihat kehidupan dari mata ‘burung’ bukan dari bawah tempurung.

Cerita Elfira, kejayaan mereka bertiga semuanya disebabkan oleh ibu tersayang, Filzah Yusoff yang kini berusia 50 tahun. Kata pelakon dengan imej berkening lebat itu, ibu menjadi sumber inspirasi dan faktor kekuatannya melalui hari mendatang.

“Tidak mungkin kami akan berjaya seperti sekarang tanpa adanya pengorbanan seorang ibu. Sebelum ini, ibu ada kerja dan menjalankan perniagaan sendiri. Sekarang, ibu telah berhenti melakukan semua itu demi menguruskan kerjaya seni kami,” beritahu Elfira.

Ada satu kisah sebenarnya membabitkan ibu mereka yang betul-betul membuatkan si anak terkesan sehingga meminta ibu untuk berhenti kerja.

Enam tahun lalu, Filzah pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hari itu adalah Hari Raya Aidilfitri.

“Saya ingat lagi, kami empat beradik semua beraya bersama ayah, jadi ibu kami keseorangan. Ketika memandu balik daripada menguruskan satu kerja, kereta yang dipandu ibu telah merempuh pokok. Nasib baik semuanya baik-baik sahaja.

“Ibu cuma alami tekanan darah rendah dan telah diselamatkan oleh orang ramai. Syukur dengan keadaan itu. Selepas itu, saya telah memutuskan supaya ibu terus menjadi pengurus sepenuh masa bagi kami tiga beradik,” tutur anak kedua daripada empat adik-beradik ini.

Bercakap mengenai keselesaan ibu sebagai pengurus, Elfira akur bahawa dia sangat gembira bekerja di samping insan yang mengandung dan melahirnya ke dunia ini.

“Banyak kisah pengurus peribadi yang menganiaya artis. Saya trauma untuk mempunyai seorang pembantu, takut ada yang pijak kepala. Saya jadi tidak boleh percaya kepada orang lain.

“Saya sudah anggap ibu adalah kawan saya. Hubungan kami memang rapat dan saya sendiri sudah ikut dan teman ibu keluar bekerja sejak berusia lapan tahun,” ujarnya.

Penuntut pengajian Diploma di Kolej Damansara Utama (KDU) dalam pengkhususan Seni Persembahan ini memberitahu, sebagai kakak sulung dia juga tidak pernah meninggalkan tanggungjawab terutama dalam menyara keluarga.

“Duit hasil lakonan, saya pegang sendiri. 100 peratus saya yang akan tentukan untuk apa, ke mana, serta bila duit itu akan digunakan.

“Sejak usia 17 tahun lagi saya sudah menyokong keluarga terutama dari segi kewangan. Saya tahu akan kepayahan ibu menjaga kami lebih-lebih lagi sudah 16 tahun ibu bergelar ibu tunggal.

“Ibu memang membuka jalan kepada kami untuk berlakon, tetapi segala keputusan untuk menerima tawaran berlakon bergantung kepada kami sendiri.

“Ibu cuma berpesan jaga perangai dan jangan abaikan pelajaran walau sesibuk mana sekalipun. Setakat hari ini syukur kepada Allah, nama saya masih bersih. Rasanya tidak ada apa cerita panas tentang saya yang boleh ditulis sebab saya bukannya jenis suka keluar malam. Rutin harian saya, bangun pagi pergi kuliah, pergi ke set penggambaran dan balik rumah, semuanya ditemani ibu sebab saya tidak boleh memandu,” kata Elfira dalam tawa.

Sumber: utusan melayu

Sumber: reviewever

Leave a Reply