Gaya Diva Che Ta Bertumit Tinggi, Pakai Bulu Mata Palsu Sambil Jinjit Beg Berjenama Ke Stadium Curi Perhatian Netizen

Setiap kali adanya liga bola sepak melibat pasukan Skuad Harimau Malaya, pasti mata akan tertumpu kepada para selebriti kita yang turut sama tidak mahu melepaskan peluang menyokong pasukan negara menerusi sesebuah perlawanan.

Selain kemenangan buat negara yang dicari, kehadiran figura terkenal ke stadium juga pasti akan memancing mata ramai.

Kisahnya malam tadi, beberapa selebriti terkenal turut dilihat tidak mahu melepaskan membarakan semangat dengan hadir ke stadium di Stadium Nasional Buk Jalil bagi menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Thailand bagi Piala Suzuki.

Antaranyq ialah penyampai radio Era, Radin, Elizabeth Tan, Lan Pet Pet dan ramai lagi. Bagaimanapun, kehadiran Rozita Che Wan ke stadium tentunya menjadi buah mulut ramai apabila bintang yang sinonim dengan imej glamor itu hadir ke stadium, lengakp dengan buli mata, tas tangan berjenama dan kasut potongan boot tumit tinggi!

Mengenaikan persalinan kuning dan hitam, penampilan Che Ta yang setia dengan signaturenya mengejutkan ramai. Malah, beberapa keping foto sekitar turut dimuat naiknya menerusi Insta Stories.

Sementara menerusi Instagram Anas Zahrin yang juga merupakan jurufoto dan kenalan Che Ta, dia ada memuat naik gambar penuh Che Ta. Memang win dan tak pernah kalah gaya!

Turut sama hadir menemaninya ke stadium ialah suami, aktor Zain Saidin.

Foto: Instagram Anas Zahrin, IG Stories Rozita Che Wan via MediaHiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *