Hadapi Detik C3mas Bila Tersangkut Dalam Tong Gas. Rakaman Video Disediakan

‘Biasa lah budak budak, mesti lasak sikit’ biasa tak dengar ayat ayat ini. Memang betul budak kecil memang lasak tidak kira lelaki atau perempuan tetapi itu bukan alasan untuk penjaga atau ibu bapa tidak memerhatikan atau jaga tingkah laku mereka.

BUKIT MERTAJAM: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun berdepan detik cemas apabila kaki kanannya tersangkut di celah tong gas ketika berada dalam sebuah kenderaan.

Ketika kejadian Isnin lalu, mangsa dalam perjalanan bersama bapa saudaranya dari Balik Pulau menuju ke Bukit Mertajam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, tanpa disedari kaki kanak-kanak itu tersangkut pada tong gas yang dibawa dalam kenderaan itu.

“Bapa saudaranya mengambil keputusan untuk singgah ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai kerana bimbang dengan keadaan mangsa.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memotong besi tong gas menggunakan peralatan khas sebelum berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sejak semalam, tular sebuah video berdurasi 56 saat yang memaparkan tindakan anggota bomba mengeluarkan kaki kanak-kanak perempuan yang tersangkut di tong gas.

Video

Anggota bomba terpaksa mengambil masa hampir 15 minit untuk memujuk dan memotong besi tong gas bagi mengeluarkan kaki kanak-kanak perempuan yang tersangkut dalam kejadian pada Isnin lalu.

Posted by Berita Harian Online on Thursday, 11 July 2019

Kanak-kanak itu yang menangis kesakitan dilihat ditenangkan pasukan bomba dan anggota keluarganya.

Anggota bomba terpaksa mengambil masa hampir 15 minit untuk memujuk dan memotong besi tong gas bagi mengeluarkan kaki kanak-kanak perempuan yang tersangkut dalam kejadian pada Isnin lalu.

p/s: Kepada ibu bapa, tolonglah awasi anak-anak anda. Terutama ketika mereka bermain. Di harapkan, kisah ini menjadi pengajran berguna kepada ibu bapa diluar sana

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber : HMETRO / BHARIAN ONLINE via mediaohsem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *