“aku rasa Lisa adalah juara Maharajalawak mega 2020” Zizan Kongsi ‘Chat’ Dengan Lisa Surihani Buat Ramai Terhibur

Zizan Razak pada 3 Jun lalu jatuh sakit dan dia ada memuat naik foto yang menyebabkan ramai mendoakan agar dia cepat sembuh.

Malah, pelakon terkenal Lisa Surihani juga prihatin dengan keadaan pelakon dan pelawak terkenal itu lalu menghantar mesej kepadanya.

Bagaimanapun, Zizan ada berkongsi satu perbualan dia bersama Lisa namun lain pula jadinya apabila ia membuatkan ramai terhibur.

Mana taknya, Zizan meminta agar followers membaca disamping memahami perasaannya kerana Lisa sempat berseloroh dengannya dengan kata ‘stghong’ yang membuatkan dia tertanya.

Lisa doakan Zizan stghong…

Tolong baca conversation aku dan @lisasurihani dan please pahami perasaan aku dan juga Lisa. Dan aku tahu niat Lisa baik tetapi aku sedang xpaham. Tetapi selepas paham maksud beliau berserta bunyi itu aku rasa Lisa adalah juara Maharajalawak mega 2020. Tahniah buat beliau. #zizanrazak #lisasurihani #lawak #pagi #2019

Namun balas Lisa, ia bermaksud strong dibaca dengan pelat. Kata Zizan, setelah memahaminya Lisa dikatakan juara Maharajalawak Mega 2020.

Hahaha pelat dibawa sampai ke chat..

 

Boley masuk team jozan

Tidak disangkakan, posting Zizan sehingga kini meraih hampir 200 ribu tanda suka dan pelbagai komen lucu daripada netizen.

Sumber: Zizan Razak

sumber : himpunanceritalawak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *