Haqiem Rusli Dilabel Berlagak Pakai Cermin Mata Hitam Dan AirPords Ketika Ziarah Rumah Asnaf

Setelah lama tidak timbul dengan sebarang kontroversi, nama penyanyi Haqiem Rusli kembali hangat diperkatakan di Twitter.

Berkesempatan untuk mengikuti program GPH Kongsi Rezeki anjuran Hot FM bersama Lembaga Zakat Selangor, aksi OOTD Haqiem yang memakai kaca mata hitam dan ‘airpods’ ketika menziarahi rumah seorang Asnaf dikenai sebagai Abang Zul dikecam netizen.

Haqiem dilabel berlagak dan seakan tidak menghormati tuan rumah dengan penampilan sebegitu yang kurang sesuai untuk kunjungan ziarah kebajikan. Apa salahnya untuk menanggalkan cermin mata dan gadjet yang dipakai?

Bukan bermaksud menyebelahi mana-mana pihak, tetapi mungkin Haqiem perlu peka dengan keadaan kalau hendak bergaya. Mungkin kaca mata hitam itu seakan identiti beliau, tetapi sesuaikanlah dengan situasi. Bila kena kecam nanti salahkan netizen pula dan terbangkit lagi isu depresi. Eh..

Sumber Berita : Twitter Hot FM

Kredit:beatifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *