“Hati Ibu Je Tahu Bila Nama Dipermainkan Seperti Ini”Terkilan! Wan Maimunah Kes4l Sajat Kata Watak ‘Wan Maimunah Keji’

Pelakon veteran Wan Maimunah meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan tindakan dua usahawan kosmetik tersohor Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat mempermainkan namanya dalam sebuah rakaman video di Instagram. Kata Wan Maimunah, 62, dia mendapat kiriman video terbabit daripada seorang kenalannya dan sedih dianggap wataknya k3ji.

“Ada yg hantar pd Ibu..rasa sesdih nama ibu dipermainkan..menggunakan perkataan k3ji..Wan Maimunah msih wujud..”

“Terima kasih bagi yang memberi semangat dan mendoakan pada ibu yang baik-baik..banyak sangat..tak terbalas satu persatu mesej dan komen.. Syukur Alhamdulillah..hati Ibu je tau bila nama kita dipermainkan seperti ini..doakan baik-baik..insyaallah semuanya baik..amin yra..” kata pelakon veteran tersebut.

Terdahulu, menerusi akaun Instagram Nur Sajat, penyanyi itu memuat naik rakaman berdurasi seminit ketika ditanya Aliff Syukri siapakah pilihannya seandainya diberikan watak Wan Maimunah, Hantu Kak Limah (Dalimawati) atau Nyi Blorong.

Video

Jawab Sajat dalam video berkenaan; “Kenapa watak k3ji kau bagi. Muka cantik macam Miss Universe, Miss World bagi watak H4ntu Kak Limah. Tak ada orang lain ke?”

Kenyataan Sajat itu disifatkan netizen sebagai mempersend4 kredibiliti pelakon-pelakon legenda seperti Dalimawati dan Wan Maimunah sendiri.

“tak perlu pun dato persend4kan ibu wan maimunah sebab dia antara lagenda kat tanah air kita . Dato marah org ejek dato tp bila time dato buat org lain , dato mcm tak fikir dahulu”

“Dah kenapa sebut2 nama seniwati Wan Maimunah? Korang tak layak lah!!! Seniwati Wan Maimunah lebih hebat dari korang walaupun dia xkaya..”

“Yg seram nya ko ni jat psl muka x seiring dgn suara..Elok l4ngsuir lg jat,klu dipaku tengkok muka lawa suara pn lembut..”

“Dato’ Sri aliffsyukriterlajaklaris kenapa sebut nama ibu Wan Maimunah dan samakn dgn h4ntu2 spt Nyi Blorong dn H4ntu Kak Limah? Bergurau boleh adinda DS tp jgn meng4ibkn Ibu Wan. Krn dia antara lagenda yg kita ada..” komen Dato Zainal yang juga meminati dan menghormati pelakon veteran tersebut.

Apa-apa pun kita sesama manusia perlu saling hormat menghormati antara satu sama lain. Berharap perkara seperti ini diambil ikhtibar dan pengajaran kepada semua.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: gempak dan ig via rimbabara

Leave a Reply