Hati sudah dimiliki, Intan Najuwa selamat ikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan

Pelakon utama drama Tuan Danial, Intan Najuwa atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid berusia 22 tahun, baru-baru ini dikhabarkan telah mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan hati.

Meskipun tiada kenyataan rasmi yang dibuat pelakon kecil molek itu, namun dia telah berkongsi beberapa video dan gambar di sekitar majlis pertunangannya menerusi IG Story miliknya.

 

Bagai pinang dibelah dua

Dengan mengenakan busana berwarna ungu, Intan Najuwa dan tunangannya kelihatan begitu manis bagaikan pinang dibelah dua, sama cantik sama padan.

Dapat diperhatikan, majlis pertunangan tersebut disambut meriah, ditambah pula dengan kehadiran tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan pasangan tersebut.

Siap dengan pengapit yang cantik2

Antara rakan-rakan artis turut kelihatan adalah Ain Edruce, Fatin Afeefa dan Puteri Aishah, dan mereka juga merupakan pengapit kepada Intan.

Tahniah diucapkan kepada Intan Najuwa dan pasangan, semoga ikatan pertunangan ini kekal bahagia hingga ke jinjang pelamin.

Sumber : Intan Najuwa

Kredit: OMM via sinarviral

Leave a Reply