Hijrah Mendalami Agama, 5 Artis Malaysia Ini Selesa Berpurdah

Hidayah boleh datang bila-bila, dimana saja dan kepada sesiap saja, tak terkecuali bagi sebilangan selebriti. Kehidupan para selebriti yang terkenal dengan kemewahan dan pergaulan bebas membuat mereka merasakan hal yang negatif.

Di sebalik kehidupan selebriti dalam dunia hiburan, ada daripada mereka yang memilih untuk berhijrah kerana panggilan hati. Seperti selebriti ini memilih untuk mengubah penampilannya dengan mengenakan purdah dan meninggalkan gemerlapnya dunia selebriti demi mendalami ilmu agama.

Siapa agaknya? Berikut 5 selebriti yang memutuskan berhijrah dan mengenakan purdah dari berbagai sumber.

1.Natasha Hudson

Aktres dan supermodel jelita, Natasha Hudson mengambil keputusan untuk berhijrah sebagai Muslimah sejati. Natasha Hudson kelihatan sangat tenang dan bahagia dengan imej barunya. Mendekatkan diri dengan Al-Quran dan sumber-sumber bahan bacaan bermanfaat, nampaknya Natasha sudah nekad mengenakan ‘niqab’ yang menutup seluruh wajahnya.

2. Ina Naim

Bekas penyanyi Ina Naim kini tampil dengan imej purdah  selepas diminta suaminya yang juga penyanyi nasyid iaitu Mohd Suhaimi Saad. Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian.

3. Fynn Jamal

Fynn Jamal turut mengambil langkah untuk tampil berniqab dengan sepenuhnya. Ibu kepada dua cahaya mata ini sering menyelit kata-kata suci dan motivasi di majoriti gambar-gambar yang dikongsi olehnya di laman sosial.

4. Waheeda

Gambar terbaru yang dirakamkan oleh seorang peminat hiburan ketika pasangan ini menghadiri sebuah majlis. Waheeda yang sebelum ini mengumumkan persaraan dari dunia seni di’lihat memakai persalinan penuh purdah hitam sedondon dengan suami’nya, Akhil Hayy.

5. Tasha Manshahar

Sesudah 10 bulan bergelar guru di sebuah sekolah agama di Kelebang, Melaka, penyanyi Tasha Manshahar akur apabila terpaksa melupakan seketika bidang nyanyian. Turut dilihat pada akaun Twitter nya, Tasha Manshahar kini mengenakan purdah dan bergerak aktif dalam aktiviti perkongsian idea juga  ilmiah bersama peminat peminatnya.

Sumber: hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *